http://www.sinarharian.com.my/politik/dap-tak-perlu-campur-urusan-mca-1.178619
KUANTAN - Wakil rakyat MCA Datuk Lau Lee hari ini membidas DAP yang didakwa sering mencampuri apa jua tindakan MCA termasuk membuat tohmahan terhadap parti itu.
Beliau berkata sekalipun MCA tidak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan pusat dan negeri, namun parti itu masih tetap berkhidmat kepada masyarakat Cina di negara ini.
"Tindakan MCA tidak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan adalah berprinsip kerana telah berjanji untuk tidak berbuat demikian sekiranya gagal meraih sokongan dan kemenangan besar daripada masyarakat Cina pada pilihan raya umum lepas.
"Sekalipun tidak ada wakil MCA dalam kerajaan, tetapi MCA masih ada jentera, di peringkat cawangan, bahagian dan negeri, dan (MCA) ada cara untuk memberi perkhidmatan kepada masyarakat Cina," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang ke-13, di sini, hari ini.
Lau (BN-Damak) berkata demikian ketika mencelah perbahasan titah ucapan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah oleh Leong Ngah Ngah (DAP-Tanah Rata) yang berkata MCA telah "mengugut" Barisan Nasional (BN) apabila memutuskan untuk tidak berada dalam kerajaan.
"Keputusan MCA untuk tidak menganggotai kerajaan bukan satu ugutan, keputusan yang dibuat sebelum ini itu adalah syarat untuk (MCA) mencapai kemenangan (pada pilihan raya umum lepas), saya mahu YB Tanah Rata tarik balik ayat "ugutan" itu," kata Lau.
Leong yang enggan menarik kenyataan itu berkata kerajaan negeri Pahang ketika ini tidak mewakili kerajaan berbilang kaum kerana kesemua Exco kerajaan negeri adalah Melayu.
Beliau turut mencadangkan supaya wakil rakyat kaum Cina sama ada dari MCA mahupun DAP ataupun Parti Keadilan Rakyat dilantik sebagai Exco bagi menjaga kepentingan kaum bukan Melayu terutamanya masyarakat Cina.
"Di Amerika Syarikat, Presiden Barack Obama pun ambil pesaingnya semasa pilihan raya untuk menggangotai kabinetnya," kata Leong.
Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar Datuk Mohd Soffi Abd Razak yang bangun mencelah berkata Presiden Barack Obama mengambil pesaing atau musuh politiknya menganggotai kabinet kerana musuh politiknya mengiktiraf dan mengucapkan tahniah atas kemenangannya.
"Tidak seperti di Malaysia, pembangkang tak iktiraf kekalahan mereka, tak iktiraf kemenangan Barisan Nasional, sibuk berdemonstrasi dan memutarbelitkan pelbagai perkara, membuat pelbagai tohmahan," katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan dan Pelancongan Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin yang turut bangun mencelah meminta parti pembangkang berlapang dada dalam menerima kekalahan.
"Kalau Barisan Nasional boleh berlapang dada dan terima kekalahan di negeri-negeri tertentu, pembangkang pun kenalah berlapang dada, slogan pembangkang semasa pilihan raya lepas "Ubah!, jadi sapa yang nak kena ubah dulu ni?," katanya sinis.
Leong yang masih tidak berpuas hati terus melahirkan kebimbangannya terhadap pembelaan nasib kaum Cina dan menyalahkan MCA kerana tidak mewakili kaum itu dalam kerajaan.
Speaker Dun Datuk Ishak Mohamad kemudian meminta beberapa wakil rakyat kerajaan dan pembangkang yang masing-masing bangun untuk mencelah supaya bertenang dan mengarahkan Leong meneruskan perbahasannya. - Bernama

0 Komentar untuk "DAP tak perlu campur urusan MCA"