Wakil UMNO dah lupa Naib Presiden PERKASA menjadi calon UMNO di Shah Alam
http://www.sinarharian.com.my/politik/jangan-kaitkan-perkasa-dengan-umno-1.178677
http://www.sinarharian.com.my/politik/jangan-kaitkan-perkasa-dengan-umno-1.178677
GEORGETOWN - Seorang anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bagan Dalam A.Tanasekharan hari ini diberi amaran keras oleh Speaker Dewan, Law Choo Kiang kerana mengaitkan Perkasa dengan Umno.
Tanasekharan mendakwa Umno menggunakan Perkasa untuk mengadakan demonstrasi anti-kerajaan negeri dan menghasut kebencian kaum.
"Umno menggunakan Perkasa untuk menganjurkan demonstrasi menentang kerajaan negeri," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini semalam.
Kenyataan Tanasekhharan itu menyebabkan Adun (BN-Pulau Betong) Muhamad Farid Saad menuntut Law, meminta agar wakil DAP itu untuk menarik balik dan tidak mengulangi tuduhan tersebut.
"Umno adalah Umno, Perkasa adalah Perkasa. Saya juga boleh mengaitkan DAP dengan pelbagai perkara.
"Saya tidak mahu melakukannya. Sila tarik balik kenyataan itu," kata Farid. - Bernama
0 Komentar untuk "Jangan kaitkan Perkasa dengan Umno"