Tentera Mesir Sahkan Morsi Kini Ditahan - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Tentera Mesir Sahkan Morsi Kini Ditahan

http://mstar.com.my/berita/luar_negara/cerita.asp?file=/2013/7/4/mstar_luar_negara/20130704130252&sec=mstar_luar_negara

Ditahan
Morsi digulingkan oleh rampasan kuasa tentera Mesir pada Rabu.
KAHERAH: Tentera Mesir mengesahkan bahawa pihaknya kini sedang menahan presiden yang digulingkan, Mohamed Morsi, kata seorang pegawai kanan tentera pada Khamis.
"Dia sedang dalam tahanan pencegahan sebelum persiapan terakhir. Dia telah mewujudkan permusuhan di kalangan rakyat Mesir," katanya.
Beliau berkata Morsi mungkin berdepan tuduhan rasmi seperti yang didakwa kumpulan penentangnya.
Sekurang-kurangnya 50 orang terbunuh dalam pertempuran yang mendorong kepada demonstrasi jalanan pada 30 Jun lalu yang mendesak Morsi untuk meletak jawatan.
Susulan itu, kerajaan memberikan tempoh selama 48 jam untuk beliau memenuhi tuntutan rakyat.
Morsi telah dipanggil untuk disoal siasat oleh mahkamah mengenai tindakannya melarikan diri dari penjara bersama beberapa banduan lain ketika demonstrasi menggulingkan Hosni Mubarak pada 2011.
Pegawai tentera berkata beliau kini mungkin didakwa berhubung kes tersebut.
Terdahulu, seorang pemimpin kanan parti Ikhwan Muslimin memberitahu Morsi dan pembantu kanannya telah ditahan.
0 Komentar untuk "Tentera Mesir Sahkan Morsi Kini Ditahan"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI