Tukar Agama: DAP Gesa Pinda Perlembagaan - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Tukar Agama: DAP Gesa Pinda Perlembagaan

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/7/4/mstar_berita/20130704173040&sec=mstar_berita



    KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa melakukan pindaan terhadap Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan bagi mengelakkan berlakunya'salah tafsir' berhubung kebenaran menukar agama kanak-kanak kepada Islam.
    Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, Perlembagaan Persekutuan versi bahasa Inggeris tidak memberi tafsiran jelas mengenai maksud 'ibu bapa' yang menjadi syarat membolehkan penukaran kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah.
    "Maksud ibu bapa dalam Perkara 12(4) mestilah secara tatabahasanya bermaksud kedua-dua ibu dan bapa sekiranya masih hidup.
    "Salah tafsir terhadap perkataan 'ibu bapa' boleh membawa kepada penyalahgunaan dalam kes penukaran agama kepada Islam," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, Khamis.
    Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan versi bahasa Melayu menyatakan agama seseorang di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapanya atau penjaganya.
    Bagaimanapun Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu mempertikaikan maksud 'parent' dalam Perlembagaan Persekutusan versi bahasa Inggeris yang bermaksud 'ibu bapa' dan bukannya ibu atau bapa.
    Pertikaian berhubung isu berkenaan timbul berikutan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa penggubalan peruntukan Seksyen 107(b) Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013 berhubung persetujuan salah seorang ibu bapa memadai untuk menukar agama kanak-kanak di bawah umur kepada Islam dibuat berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.
    Selain itu Muhyiddin berkata, penggubalan RUU itu juga dibuat berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung kes pertikaian kanak-kanak 'diislamkan' tanpa persetujuan kedua-dua waris.
    0 Komentar untuk "Tukar Agama: DAP Gesa Pinda Perlembagaan"

    ISU SEMASA

    LIKE FACEBOOK

    Networkedblogs

    Popular Posts

    BERITA HARI INI