CINTA BERPUTIK SELEPAS KAHWIN - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

CINTA BERPUTIK SELEPAS KAHWIN

TIPS HANGATKAN CINTA


1. YAKINI CINTA ANDA

Tiada apa yang lebih penting selain yakin dalam hati yang sidia ialah calon sehidup semati anda. Jika benar, pastinya naluri serta perasaan seolah-olah terikat serta bergolak dengan keperibadiannya.
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berfikiran terbuka dan berani mengambil risiko. Jika anda yakini perhubungan itu akan berkekalan, pastinya akan berusaha sehabis baik untuk menjaga keindahannya.


2. LAHIRKAN ZURIAT

Ini merupakan langkah yang ternyata akan melindungi warna kasih sayang anda daripada pudar. Mempunyai zuriat daripada keturunan anda berdua yang sah adalah sebagai bukti cinta yang terjalin.

Bila sudah ada anak, pastinya anda berdua saling memerlukan dalam menempuh kehidupan berkeluarga. Sekiranya ditakdirkan tidak mempunyai zuriat anda berdua dinasihatkan banyakkan bersabar, tidak terburu-buru dan teruskan berusaha.


3. 'NIKAHI' KELUARGA PASANGAN

Setelah bernikah, anda seterusnya memikirkan jua bagaimana untuk memenangi hati keluarga si dia. Ini adalah penting bagi anda terus menjalani hidup berpasangan dengan harmoni dan tenteram.

Resipi kebahagiaan rumah tangga yang paling afdhal pastinya restu dan berkat yang diperoleh dari kedua-dua belah pihak. Oleh itu, sentiasalah merendah diri dan cuba sehabis baik untuk memikat hati keluarga mertua bagi mewujudkan keluarga yang harmonis. Namun berpada-padalah jangan sampai 'beruk' di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan'.


4. BERMAIN CINTA

Sesudah berumah tangga, tibanya masa untuk menyemaikan rasa cinta yang anda berdua dahagakan. Malah, inilah momen untuk anda mengenali hati budi dengan berkasih tanpa perlu risau mahupun berselindung.

Anda bebas untuk bercinta dengannya tanpa sebarang syarat. Semakin lama anda mendekatinya, semakin tebal rasa sayang anda. Amalkan untuk terus meneroka jiwa dan nurani pasangan agar cinta terus bersemi kekal ke akhirnya.


5. BUKTIKAN KEUTUHAN CINTA


Ini wajar dilakukan bagi meyakinkan anda berdua dicipta untuk saling melengkapi, ini masanya untuk buktikan keutuhan cinta. Sekiranya ada yang berbisik nista atau berbohong dusta akan pasangan ada, jangan teragak-agak untuk membela. Secara tidak langsung ini menunjukkan anda mengambil berat akan perasaan emosi pasangannya. Berpendirianlah dalam mengukuhkan kestabilan tiang rumah tangga.


6. RELA BERKORBAN

Ini merupakan tuntutan wajib dalam setiap perhubungan. Perkahwinan menuntut pengorbanan yang tiada berpenghujung. Oleh itu, sentiasa bersedia berkorban dari segi masa, wang, ruang mahupun perasaan. Jangan amalkan sikap mementingkan diri sendiri, kelak pastinya ia memakan diri.

0 Komentar untuk "CINTA BERPUTIK SELEPAS KAHWIN"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI