7 Kesalahan Utama
1. PENIPUAN LATAR BELAKANG
Keikhlasan menyuburkan riwayat hidup anda dalam mana-mana organisasi. Oleh itu, sentiasa amalkan kejujuran dari fasa awal bekerja; daripada sesi temu ramah sehinggalah ke gerak kerja secara keseluruhan. Penipuan mengenai latar belakang terutama perihal pendidikan, bekas majikan, penapaian mahupun pengalaman memungkinkan untuk anda disiasat dan seterusnya dipecat.
2. TIDAK BIJAK BERAHSIA
Jika kerja yang dilakukan tidak memenuhi tuntutan minat mahupun profesionalisme anda, pastinya tanpa sedar anda mencari peluang lain sambil meyelesaikan tuntutan profesion sekarang.
Oleh itu, jangan amalkan mencetak resume pada pencetak pejabat, melayari lama kerja kosong waktu bekerja mahupun mengirim permohonan daripada alamat pejabat. Sekiranya tembelang ini pecah, tidak mustahil anda pula yang akan 'hilang' dari lantai pejabat anda sekarang.
3. MEMBUAT/MENERIMA PANGGILAN PERIBADI
Jangan campuradukkan soal peribadi ketika waktu kerja. Ini antara punca bahawa ramai yang diberhentikan terutama sekali apabila melibatkan panggilan telefon. Ramai daripada kita menghabiskan waktu di pejabat dengan membuat mahupun menerima panggilan yang berunsurkan peribadi.
Ini secara tidak langsung menggugat prestasi kerja serta tingkah anda dalam mengendalikan tugasan. Malah, anda juga dikira mengambil kesempatan atas keuntungan syarikat.
4. PENGGUNAAN INTERNET MELAMPAU
Ya, penggunaan Internet ternyata kritikal terutama sekali dalam bidang yang melibatkan kreativiti dan teknologi maklumat. Namun, anda dinasihatkan untuk menggunakan perkhidmatan Internet yang disediakan dengan berhemah.
Jangan terlampau obsesi sehingga lalai dengan tugasan harian. Lebih parah lagi jika anda mengakses pada laman web yang terlarang seperti pornografi dan lain-lain.
5. HUBUNGAN ASMARA DENGAN PIHAK ATASAN
Ternyata ini antara tindakan yang patut dihindari. Menjalinkan hubungan cinta dengan orang atasan boleh membawa risiko dibuang. Apatah lagi jawatan yang dipegang tidak segah mana. Maka, berhati-hatilah dalam memilih pasangan di bawah sebuah syarikat. Jika boleh, biarlah setaraf.
Sekiranya berpasangan dengan orang atasan, pelbagai spekulasi, isu mahupun perspektif bakal timbul yang boleh mencelakan kredibiliti anda termasuk organisasi tersebut secara keseluruhan. Oleh itu, sentiasalah berpegang dengan peribahasa 'enggang dan pipit, manakan bisa terbang bersama'. Ia boleh menyelamatkan anda.
6. MEMBURUK-BURUKKAN SYARIKAT
Jika berkhidmat di bawah satu-satu organisasi, jangan amalkan memburukkan reputasi syarikat. Sekiranya anda kurang berpuas hati dengan soal gaji, kebajikan pekerja mahupun lain-lain sebaiknya rujuklah pada jabatan yang bertanggungjawab.
Kini dengan kemudahan laman sosial yang mengambil alih kitaran komunikasi manusia, kita mudah menempiaskan amarah pada laman tersebut sehingga boleh menimbulkan risiko anda dipecat jika diketahui umum.

0 Komentar untuk "Jangan Sampai Dipecat Majikan"