RAHSIA SEKS DALAM PETI AIS - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

RAHSIA SEKS DALAM PETI AIS

Makanan Pembangkit Ghairah

1. SAYURAN HIJAU

Ya, ini antara bahan utama yang wajib ditelan dalam misi meningkatkan ghairah seks. Sayuran yang berdaun seperti bayam, kangkung dan lain-lain mengandungi vitamin E yang secara langsung berhubung dengan produksi hormon seks dalam tubuh. Malah lebih pekat warna daun, lebih banyak khasiatnya. Untuk itu, rajin-rajinlah makan sayur-sayuran hijau dan segar agar produksi hormon seks anda meningkat.


2. MAKANAN RINGAN/KERING

Menurut kajian seorang pakar seks dari Yugoslavia, Dr Bansal, jumlah tenaga yang tinggi menyamai hasil kepuasan seks yang mantap. Dari kacang-kacangan seperti kacang goreng hinggalah ke buah-buahan kering, bahan-bahan ini penuh dengan vitamin B3 dan B4 yang boleh meningkatkan stamina. Apabila stamina meningkat, ia dengan mudah menyuburkan rasa sensual hangat antara anda berdua. Malah, anda akan kekal bertenaga sepanjang pelayaran seks.


3. IKAN

Ikan terkenal dengan kandungan Omega-3. Malah lemak yang terkandung dalam ikan mampu untuk mengerakkan sistem saraf anda berfungsi dengan lebih efisien. Malah, ikan Merah, Tilapia, bawal dan lain-lain juga mengandungi selenium, seng dan magnesium yang penting untuk meningkatkan dorongan seksual. Tapi anda harus pastikan ikan yang dimakan dimasak atau dikukus segar.


4. DAGING AYAM

Bagi meningkatkan pengedaran darah di dalam badan ketika menjalani seks, terutama sekali yang melibatkan penghantaran oksigen ke otak, saintis percaya daging ayam adalah paling mujarab. Ini kerana ayam memiliki kandungan vitamin B-kompleks yang membantu dalam merembes hormon seks dengan pantas.


5. SELEDRI

Ini antara sayuran lain berkesan untuk meningkatkan ghairah seksual terutama bagi proses stimulus seksual. Ini kerana ia cukup kaya dengan androsteron. Andosteron adalah hormon tidak berbau yang dihasilkan oleh lelaki ketika pasangan mula terangsang. Cara pengambilan seeloknya dimakan secara mentah atau dijadikan ulama-ulaman ketika menjamu hidangan berasaskan nasi.


6. BAWANG PUTIH

Bawang berfungsi memperkuatkan keseimbangan kitaran seks anda. Walaupun baunya kurang enak untuk mulut, tapi ia bagus terutamanya untuk organ seksual. Bawang putih kaya dengan allicin yang mampu meningkatkan aliran darah ke organ genital, membuatkan anda cepat terangsang. Daunnya pula dikatakan mampu mempercepatkan pertumbuhan ghairah. Saintis juga percaya bahawa bawang mampu untuk memekatkan air mani sekaligus melambatkan pancutan air mani.
0 Komentar untuk "RAHSIA SEKS DALAM PETI AIS"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI