1. MANDI AIR SUAM
Mandi air suam mempunyai pelbagai manfaat pada tubuh badan. Terutamanya ketika stress, air suam atau panas dapat melegakan otot-otot yang kaku serta lenguh. Apabila badan segar, stress juga berkurangan. Sering kali stress mengakibatkan kita sukar tidur akan membawa lebih stress. Mandi air panas sebelum tidur dapat meningkatkan suhu badan dan memudahkan tidur yang lena.
2. PERGI BERURUT
Lawatan ke spa urut pastinya dapat menenangkan otot dan menghilangkan sengal-sengal badan yang disebabkan oleh stres. Sesetengah spa urut juga mempunyai ruang sauna yang dapat melegakan seluruh badan. Aroma yang menenangkan dapat membantu menenangkan jiwa. Selain daripada menikmati aroma sebegitu di spa, apa kata anda dapatkan aromaterapi untuk rumah anda juga.
3. KELUAR BERSENAM
Bersenam bukan sahaja untuk menyihatkan tubuh badan, tetapi proses bersenam itu sendiri dapat mengeluarkan endorfin yang membantu dalam memperbaiki mood dan meningkatkan fokus minda. Ambil sedikit masa dalam 15 hingga 20 minit untuk keluar bersenam, joging, berbasikal, skipping untuk meredakan stres.
Selain itu, bersenam juga akan mengaktifkan otot yang telah lesu akibat stres. Setiap kali kita pulang ke rumah selepas bersenam, terasa badan lebih segar. Sekiranya berkesempatan, lakukan senaman ringkas pada pagi hari sebelum memulakan kerja. Hari anda akan terasa lebih bertenaga dan bebas tekanan.
4. MEMBACA
Bersenam untuk badan, membaca pula untuk minda. Tajamkan minda dengan lebih banyak membaca dan menambahkan ilmu. Membaca buku yang bagus dapat memberi ketenangan.
Tidak kira, sama ada buku berbentuk fiksyen yang akan menggalakkan minda berimaginasi, ataupun bukan fiksyen yang akan memberi ilmu yang bermanfaat, membaca membawa kita jauh daripada terlalu banyak berfikir tentang stres. Apabila stres berkurang dan minda lebih jelas, kembali semula untuk selesaikan masalah yang mengakibatkan stres tersebut.
5. MENDENGAR MUZIK
Muzik dapat mengubahkan mood seseorang. Apabila kita mendengar muzik yang rancak, pastinya tubuh badan juga mendapat momentum yang rancak. Apabila beralih pada muzik yang perlahan dan mendayu-dayu, diri juga menjadi mendayu. Gunakan muzik untuk menenangkan fikiran kita. Muzik yang menenangkan pastinya dapat menenangkan minda, mengurangkan stres dan membawa kita ke mood yang melegakan. Satu tip untuk anda, dengarlah muzik instrumental. Alunan muzik tanpa suara dan lirik mudah menenangkan minda. Disyorkan alunan muzik Kitaro.
6. TULIS APA YANG PERLU DILAKUKAN
Stes berpunca dari minda. Apabila terlalu banyak yang difikirkan dan perlu dilakukan, bagaikan minda sukar memproses setiap satu dan semuanya membebankan minda. Kadangkala, penyelesaian mudah dengan hanya menulis segala yang difikirkan dan juga perlu dilakukan pada kertas untuk mengurangkan beban diminda.
Apabila setiap satu perkara yang tertulis dilakukan, padamkannya daripada senarai tersebut. Anda akan dapati semakin lama, semakin terpadam stres anda. Apabila menulis, ia seumpama meringankan beban di otak dan memindahkan bebanan tersebut ke atas kertas untuk dilihat dengan lebih jelas.

0 Komentar untuk "8 LANGKAH MUJARAB HINDAR STRESS"