GLOBAL : SELASA 01 SEPTEMBER 2009 - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

GLOBAL : SELASA 01 SEPTEMBER 2009

DPJ bincang bentuk kerajaan baru
TOKYO 31 Ogos - Parti Demokratik Jepun (DPJ) hari ini memulakanperbincangan mengenai pembentukan kerajaan baru dengan cabaranmemulihkan ekonomi dan membentuk semula hubungan dengan sekutu- sekutupenting, selepas mencatat kemenangan besar pada pilihan raya Jepun,semalam.

Hamid Karzai mendahului
KABUL31 Ogos - Presiden Hamid Karzai (gambar) menjarakkan kedudukannyadengan pencabar utamanya dalam pengiraan terbaru undi pada pilihan rayaPresiden Afghanistan sebanyak hampir 50 peratus yang menunjukkan beliaumampu mengelak diadakan pilihan raya pusingan kedua.


2 korban hutan LA terbakar
LOSANGELES 31 Ogos - Kebakaran hutan di sini semakin marak hari ini dengandua kematian pertama dilaporkan, manakala tiga mangsa lagi cedera,selain mengancam beribu-ribu rumah kediaman.


Aung San Suu Kyi cadang ubah suai rumah
YANGON31 Ogos - Ikon demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi bercadang untukmengubah suai rumahnya bagi memastikan ia tidak boleh dimasuki olehpenceroboh.

Polis: Militan rancang serang sektor penerbangan
JAKARTA31 Ogos - Seorang suspek yang dikehendaki berhubung insiden pengebomandi dua buah hotel di sini baru-baru ini, telah menyusup ke dalam sebuahsyarikat penerbangan di negara ini, dalam rancangan untuk mengadakanserangan yang lebih besar.


Pelarian Myanmar mula pulang
NANSAN,China 31 Ogos - Pelarian Myanmar mula pulang ke kampung halaman merekadari China hari ini setelah pertempuran antara tentera kerajaan denganmilitia pemberontak, yang mengorban lebih 30 nyawa pada minggu lepasmula reda.

Ehud Olmert hadapi tuduhan rasuah
BAITULMAQDIS 31 Ogos - Bekas Perdana Menteri, Ehud Olmert didakwa atastuduhan rasuah semalam dan akan menjadi Perdana Menteri Israel pertamadibicarakan.

Presiden Colombia pula dijangkiti H1N1
BOGOTA31 Ogos - Presiden Colombia, Alvaro Uribe telah dijangkiti selesemababi dan pegawai kini menasihatkan pemimpin-pemimpin Amerika Selatanyang ada membuat pertemuan dengan beliau semasa satu sidang kemuncak diArgentina baru-baru ini, membuat pemeriksaan sama ada mereka turutdijangkiti virus tersebut daripada Uribe.

Wartawan Tamil dipenjara 20 tahun
C0LOMBO31 Ogos - Mahkamah Tinggi Sri Lanka hari ini menjatuhkan hukumanpenjara 20 tahun ke atas seorang wartawan Tamil, yang disifatkan olehPresiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama sebagai satu contohwartawan bersifat penindasan kerana menyokong keganasan.

Askar Pakistan bunuh 30 anggota Taliban
ISLAMABAD31 Ogos - Tentera Pakistan membunuh sekurang-kurangnya 30 anggotaTaliban dalam pertempuran di barat laut lembah Swat, semalam bagimemburu mereka yang melakukan serangan berani mati di pekan Mingorakelmarin.

Final Destination tangga teratas box office
LOSANGELES 31 Ogos - Filem seram tiga dimensi The Final Destination' telahdipilih oleh penggemar wayang sebagai peneraju senarai box officehujung minggu ini di Amerika Utara.


Dalai Lama lawat Taiwan
KAOHSIUNG, Taiwan 31 Ogos - Dalai Lama hari ini melawat kawasan selatannegara ini yang musnah dilanda Taufan Morakot, dalam kunjungan seharipenuh ke Taiwan dengan China memberi amaran lawatan itu akanmenjejaskan hubungan yang semakin baik antara China dengan negara pulauini.

The Bold and the Beautiful drama terbaik
LOSANGELES 31 Ogos - The Bold and the Beautiful semalam memenangi anugerahDaytime Emmy bagi drama bersiri terbaik, kemenangan pertama untuk dramalipur lara opera CBS, selepas 22 tahun ia disiarkan.







Askar AS percepat berundur
BAGHDAD:Tentera Amerika Syarikat mula membungkus peralatannya untukmeninggalkan Iraq, proses perpindahan yang terbesar membabitkan askardan senjata dalam sejarah ketenteraan moden. Ia termasuk menghantarpulang 1.5 juta kelengkapan senjata termasuk kereta kebal, antenakomunikasi hingga kepada askarnya menggunakan kapal laut.

Taliban potong hidung, telinga Lal Mohammad
KABUL: Lal Mohammad, 40, adalah seorang petani di Afghanistan dan antaraberjuta-juta penduduk tidak mempedulikan ancaman Taliban supaya tidakmengundi dalam pilihan raya presiden terbaru, 20 Ogos lalu dan mengugutmencederakan pengundi serta melancarkan beberapa serangan roket dan bompada hari undian.

Monorel Tanah Suci siap tahun depan
JEDDAH: Projek monorel bernilai SR6.5 bilion (RM6.25 bilion) yang menghubungkanMakkah dengan Mina, Padang Arafah dan Muzdalifah dilaporkan hampir siapdan boleh digunakan bakal jemaah haji tahun depan.

RM6.13j kos bubur, berbuka
SINGAPURA: Kegawatan ekonomi yang belum reda tidak menjejaskan semangat masyarakatMelayu Islam menderma bagi menjayakan pembahagian bubur dan majlisiftar di masjid dengan kos yang dibelanjakan mencecah S$2.5 juta(RM6.13 juta).

Kebakaran LA gagal dikawal
LOSANGELES: Kebakaran di kaki bukit dan belukar Los Angeles (LA) masuklima hari menyebabkan beribu-ribu penduduk lari dan menyebabkan duaorang maut kelmarin, apabila kenderaan anggota bomba dan penyelamatterbabas.

Presiden Colombia kena selesema babi
BOGOTA: Presiden Colombia, Alvaro Uribe, dijangkiti selesema babi selepasdikesan ada simptom penyakit berkenaan Jumaat lalu ketika menghadirimesyuarat pemimpin benua Amerika Selatan di Bariloche, Argentina.
0 Komentar untuk "GLOBAL : SELASA 01 SEPTEMBER 2009"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI