|
|
IPOH - "Saya akan meneruskannya (menjalani hukuman) meskipun ada pihak yang mengeluarkan (pelbagai) kenyataan mengenai hukuman itu."
Demikian tegas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, yang dijangka dibawa ke Penjara Kajang, Selangor pada hari ini untuk ditahan selama seminggu seterusnya menjalani hukuman enam sebatan yang diputuskan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 18 Julai lalu.
Kartika yang sudah bersedia sepenuhnya untuk menjalani hukuman tersebut berharap semua kenalan dan mereka yang menyokong tindakannya yang mahu menerima hukuman itu, berdoa untuk kesejahteraannya.
"Saya tahu ramai masyarakat yang simpati malah ada juga yang menyokong pendirian saya. Saya benar-benar harap mereka akan berdoa agar saya diberi kekuatan oleh Allah semasa menjalani hukuman," katanya semalam.
Dia berkata demikian sebagai mengulas kenyataan beberapa pihak termasuk yang dikeluarkan oleh Ketua Hakim Syarie Terengganu, Datuk Ismail Yahya dan Pensyarah Kanan Fakulti Undang- undang Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Emeritus Dr. Shad Saleem Faruqi yang disiarkan sebuah akhbar semalam.
0 Komentar untuk "'Saya sudah bersedia dihukum'"