ADUN Lunas keluar PKR - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

ADUN Lunas keluar PKR

ADUN Lunas keluar PKR


Mohd. Radzhi Salleh


KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Lunas, Mohd. Radzhi Salleh semalam keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan melepaskan semua jawatan dalam parti itu serta mengisytiharkan dirinya menjadi wakil rakyat Bebas selepas hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti itu.

Beliau berkata, keputusan keluar parti itu dibuat berikutan pembubaran PKR bahagian Padang Serai yang diumumkan Pemangku Ketua Bahagian itu, Jamaludin Abu Hassan yang turut mengisytihar keluar parti.

"Sebagai wakil rakyat, saya bersimpati dengan keputusan itu (pembubaran) kerana mereka (ahli bahagian) adalah orang yang bertanggungjawab memastikan kemenangan saya dalam pilihan raya lalu.

Beliau berkata seramai 200 orang ahli biasa dan 14 ahli jawatankuasa PKR bahagian Padang Serai menyokong pembubaran itu.

"Saya tidak sanggup lagi berada dalam PKR kerana rasa bertanggungjawab bersama mereka dan sebagai ahli jawatankuasa bahagian, saya turut keluar (parti) bagi menyokong keputusan itu," katanya pada sidang akhbar di sini yang turut dihadiri Jamaludin.

0 Komentar untuk "ADUN Lunas keluar PKR"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI