Penduduk tetap tolak pembinaan kuil - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Penduduk tetap tolak pembinaan kuil

Ramainya penduduk hehe

Penduduk tetap tolak pembinaan kuil


PENDUDUK Seksyen 23, Shah Alam terus mengadakan demonstrasi secara aman bagi membantah pembinaan kuil berhampiran kawasan kediaman mereka semalam.


SHAH ALAM - "Kami tidak akan bertolak ansur dalam soal sensitiviti umat Islam semata-mata memenuhi kepentingan serta agenda politik pihak tertentu atau memuaskan hati kaum lain kerana Seksyen 23 di sini majoritinya penduduk Islam."

Demikian tegas Timbalan Pengerusi Badan Bertindak Penduduk Seksyen 23, Ibrahim Sabri berhubung permintaan Menteri Besar yang mahu penduduk di situ bertoleransi dengan keputusan kerajaan negeri membina kuil di atas tanah seluas 0.2 hentar dekat kawasan perumahan mereka.

Dakwa Ibrahim lagi, sehingga kini, tiada perjumpaan rasmi diadakan antara Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan penduduk kecuali cakap-cakap Menteri Besar itu dalam akhbar yang kononnya ingin memberi penjelasan kepada mereka mengenai isu tersebut.

"Tetapi kalau dia datang pun sekadar nak memberi penjelasan kepada kami supaya bertolak ansur dan menerima keputusan kerajaan negeri, baik tak payah," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Tambah Ibrahim, penduduk bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan mengadakan bantahan secara besar-besaran di bandar raya ini dalam tempoh yang terdekat untuk mendesak kerajaan negeri supaya membatalkan projek itu.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Penduduk Seksyen 23, Ramze Ramli, 40, berkata, setakat ini, pihaknya tidak nampak harapan cerah daripada Menteri Besar untuk menyelesaikan isu tersebut, sebalik- nya kerajaan negeri lebih memihak kepada kaum lain.

0 Komentar untuk "Penduduk tetap tolak pembinaan kuil"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI