POLITIK : RABU 26 OGOS 2009 - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

POLITIK : RABU 26 OGOS 2009

Ada faktor sumbang kekalahan
KUALA LUMPUR 25 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razakmengakui terdapat faktor tertentu menyumbang kepada kekalahan BarisanNasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan negeri (DUN)Permatang Pasir.


Barisan Nasional tidak patah semangat
BUKIT MERTAJAM 25 Ogos - Keputusan Pilihan Raya Kecil Dewan UndanganNegeri (DUN) Permatang Pasir tidak akan mematahkan semangat BarisanNasional (BN) untuk terus bekerja keras melakukan yang terbaik bagimeraih sokongan rakyat.

Pas kekal kedudukan kerusi di Permatang Pasir
BUKIT MERTAJAM 25 Ogos - Pas mengekalkan kedudukannya di kerusi DewanUndangan Negeri (DUN) Permatang Pasir apabila calonnya, Mohd. SallehMan, 52, menewaskan calon BN, Rohaizat Othman, 38, dengan majoriti4,551 undi.

Salleh Man akhirnya berjaya
BUKIT MERTAJAM 25 Ogos - Wakil rakyat Permatang Pasir, Mohd. SallehMan, 52, menarik nafas lega setelah cubaan kali ketujuh bertandingdalam pilihan raya membuahkan hasil.

Putihkan daftar pemilih
BUKITMERTAJAM 25 Ogos - Timbalan Perdana Menteri mahu Suruhanjaya PilihanRaya (SPR) menggerakkan proses pemutihan daftar pemilih untukmengelakkan wujudnya pengundi hantu seperti yang heboh diperkatakanpada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir disini.

Ambil tindakan tegas parti ingkar arahan - Hisham
PUTRAJAYA 25 Ogos - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin TunHussein mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil tindakan tegas keatas parti politik yang mengingkari arahan dengan meraih undi semasahari pembuangan undi.

Proses pengundian DUN Permatang Pasir lancar
BUKIT MERTAJAM 25 Ogos - Seramai 20,290 pengundi berdaftar di kawasanDewan Undangan Negeri (DUN) menunaikan tanggungjawab masing-masingmemilih wakil rakyat yang baru sebaik sahaja lapan pusat pembuanganundi dibuka pada pukul 8 pagi.

Polis terima dua laporan penyokong BN dipukul
BUKIT MERTAJAM 25 Ogos - Polis menerima dua laporan berasinganberhubung insiden dakwaan penyokong Barisan Nasional (BN) dipukuldengan objek keras oleh penyokong Pas di Bukit Indera Muda di PermatangPauh di sini hari ini.

Pertikai perlembagaan, hak Melayu
KUALALUMPUR 25 Ogos – Beberapa tokoh akademik yakin tindakan pemimpinpembangkang terutama DAP mempertikaikan Perlembagaan Negara termasukhak-hak istimewa orang Melayu menjadi punca utama ramai wakil rakyatpembangkang keluar parti.

Zulkifli pertahan Mohd. Radzhi
KUALA LUMPUR 25 Ogos - Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan rakan pakatannyadiminta menghentikan pelbagai tuduhan liar terhadap Ahli Dewan UndanganNegeri (ADUN) Lunas, Mohd. Radzhi Salleh ekoran tindakannya keluarparti itu dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Pembangkang tunggu keputusan Sultan Kedah
ALOR SETAR 25 Ogos - Pakatan pembangkang tidak akan membincangkanmengenai calon pengganti Mohd. Radzhi Salleh sebagai Exco kerajaannegeri sehingga Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shahmemutuskan mengenai status jawatan itu.

Masalah peribadi punca Radzhi keluar parti - DAP
KUALA LUMPUR 25 Ogos - Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giawmenjelaskan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd. RadzhiSalleh keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) disebabkan pergolakanhidup beliau sendiri.

Desak gantung tugas Presiden MCA
IPOH 25 Ogos – Lima bahagian MCA di Perak mendesak JawatankuasaDisiplin MCA menggantung tugas Presidennya, Datuk Seri Ong Tee Kiatserta merta.

Rakyat nilai sendiri - Speaker
IPOH 25 Ogos - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk R.Ganesan tidak berhajat mencabar pihak pembangkang ke mahkamah yangjelas sekali tersilap dalam isu tarikh sebenar pelepasan jawatannyasebagai peguam.








Pas kekalkan kerusi DUN Permatang Pasir
BUKITMERTAJAM: Pas mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) PermatangPasir apabila calonnya, Mohd Salleh Man menewaskan Rohaizat Othman dariBarisan Nasional (BN) dengan majoriti 4,551 undi pada pilihan rayakecil DUN itu semalam.

BN akan teliti faktor kekalahan: Najib
KUALALUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, Barisan Nasional (BN) sudahmencuba dengan baik dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan UndanganNegeri (DUN) Permatang Pasir, semalam. Bagaimanapun, Perdana Menteriberkata, mungkin ada faktor-faktor tertentu perlu diambil kira oleh BNberikutan keputusan pilihan raya itu yang memihak kepada Pas.

Penyokong Pas belasah 3 ahli BN
BUKITMERTAJAM: Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) PermatangPasir, tercemar berikutan tindakan agresif penyokong Pas yangmembelasah dan membaling batu tiga penyokong Barisan Nasional (BN) dipusat mengundi Bukit Indera Muda dan Kubang Semang di sini, semalam.

Rakyat risau masa depan politik negara
BUKITMERTAJAM: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau mendapat maklumbalas daripada sebahagian besar masyarakat yang meluahkan kebimbanganterhadap masa depan politik negara kerana diganggu gugat oleh partipembangkang.

SPR bincang isu Adun Kota Seputeh minggu depan
PUTRAJAYA:Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat minggu depan bagimembincangkan kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Seputeh,Datuk Abu Hassan Sarif, yang diarah mengosongkan kerusinya selepasdidakwa mengingkari Artikel 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan NegeriKedah.

Majlis agama Islam negeri tidak ikut jejak Selangor
KUALALUMPUR: Kebanyakan pihak berkuasa agama negeri tidak berhasrat mengikutjejak Selangor yang memberi kuasa kepada pegawai masjid untuk menahantanpa waran orang Islam yang melakukan kesalahan meminum arak.

Pemimpin Pas diingat usah campur urusan Jais
SHAHALAM: Kebenaran pegawai masjid menahan orang Islam yang melakukankesalahan membabitkan minuman keras atau tidak berpuasa sepanjangRamadan diharap tidak hanya menjadi retorik politik semata-mata.
0 Komentar untuk "POLITIK : RABU 26 OGOS 2009"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI