JENAYAH & MAHKAMAH : RABU 26 OGOS 2009 - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

JENAYAH & MAHKAMAH : RABU 26 OGOS 2009

2 bekas pengurus besar dipenjara
KUALA LUMPUR 25 Ogos - Dua bekas pengurus besar Tabung Haji yang gagaldalam usaha mereka semalam untuk mengetepikan hukuman penjara 10 tahunselepas disabitkan atas kesalahan pecah amanah dan penipuan membabitkanRM200 juta wang institusi itu, terpaksa meringkuk di penjara mulai hariini.

Kes Pekeliling: Kerajaan Selangor diarah fail afidavit balasan
SHAH ALAM 25 Ogos - Mahkamah Tinggi di sini mengarahkan kerajaan negeriSelangor memfailkan afidavit balasan dalam tempoh 14 hari terhadappermohonan difailkan Peguam Negara, bagi mengisytiharkan pekelilingyang melarang pegawai dan kakitangan kerajaan negeri memberi kenyataankepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas waktupejabat, sebagai tidak sah dan terbatal.

Arah siasat dokumen, rakaman
SHAH ALAM 25 Ogos - Mahkamah Koroner di sini hari ini mengarahkan agarrakaman percakapan Teoh Beng Hock dan empat dokumen yang dijumpai dalamkomputer ribanya disiasat bagi mengetahui sejauh mana ia berkait denganpunca kematian setiausaha politik exco Selangor itu.

Koroner tegur Gobind
SHAH ALAM 25 Ogos - Setelah semua 'elemen jenaka' dibawa masuk ke dalamprosiding inkues siasatan kematian Teoh Beng Hock termasuklah 'mahkamahkanggaru', Koroner Azmil Muntapha Abas (gambar) menegur peguam GobindSingh Deo supaya menyoal saksi dengan cara yang lebih berhemah.


Kes tuntutan mutaah RM3 juta terhadap ADUN Melor ditangguh
KOTA BHARU 25 Ogos - Perbicaraan kes tuntutan mutaah RM3 juta yangdikemukakan oleh bekas isteri kedua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Melor, Wan Ismail Wan Jusoh ditangguhkan sehingga 3 Disember ini olehMahkamah Tinggi Syariah di sini berikutan Hakim Syarie, Abdullah Mancuti kecemasan hari ini.

Pelakon Santau bercerai
KUALA LUMPUR 25 Ogos - Pelakon filem Santau, Putri Mardiana ZainalAbidin dan suami, Shahnaz Norwawi hari ini disahkan bercerai secarataklik dengan talak satu selepas Mahkamah Rendah Syariah Kajang dekatsini mensabitkan talak yang dilafazkan melalui panggilan telefon.

DJ dipenjara tujuh tahun
KUALA LUMPUR 25 Ogos - Seorang pengacara lagu (DJ) kelab malam dihukumpenjara tujuh tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepasmengaku bersalah atas tuduhan pindaan membunuh teman wanitanya tanpaniat, tiga tahun lalu.

Cubaan bakar kenderaan SPRM: Polis temui petunjuk baru
SHAH ALAM 25 Ogos - Polis menemui beberapa petunjuk baru berhubungsiasatan kes kenderaan milik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) cawangan Klang dilempar bom petrol, 20 Ogos lalu.

Anak larikan wang, barang kemas ibu RM49,500
TUMPAT 25 Ogos - Seorang warga emas kerugian RM49,500 apabila wangtunai dan barang kemas miliknya dilarikan oleh anak lelakinya dalamkejadian di Kampung Pengkalan Kubor, dekat sini, malam tadi.

Lagi kes samun kedai emas guna topeng H1N1
KULIM25 Ogos - Empat penjenayah yang menggunakan helah memakai penutup mulutdan hidung H1N1 berjaya melarikan barangan kemas bernilai kira-kiraRM30,000 dalam rompakan di sebuah kedai emas di pusat membeli-belahLandmark Central di sini hari ini.

Lelaki mati terkena tembakan abang ipar
KENINGAU25 Ogos - Seorang anggota askar wataniah mati setelah didakwa terkenatembakan abang iparnya ketika sedang memburu babi hutan bersama limarakan di kawasan hutan Barung di Nabawan dekat sini, semalam.










SPRM bukan 'mainan' politik
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) bukan institusi yang boleh dijadikan �permainan� untukberpolitik kerana ia memberi kesan negatif kepada sebuah badan pentingmencegah rasuah di negara ini.

'Saya masih rela disebat'
SUNGAISIPUT: Model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno tidak akan merayuterhadap hukuman yang dijatuhkan terhadapnya dan tetap dengan keputusanmenerima enam sebatan walaupun terpaksa menunggu sehingga selepasAidilfitri.

Jabatan Penjara tiada pakar sebatan syariah
PUTRAJAYA:Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengakui, Jabatan Penjara tidakmempunyai kepakaran melaksanakan hukuman sebat syariah bagidilaksanakan terhadap model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno.

Hormati tangguh sementara hukuman sebat Kartika
MUADZAMSHAH: Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah memintasemua pihak menghormati keputusan menangguhkan sementara hukuman sebatterhadap model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno bagi menghormatiRamadan.

Inkues Teoh Beng Hock: Teori Teoh takut untuk balik rumah
SHAHALAM: Peguam pemerhati Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)memberitahu Mahkamah Koroner di sini semalam, pihaknya akanmengemukakan beberapa dokumen bagi membuktikan teori Teoh Beng Hockberada dalam keadaan takut untuk berdepan dengan realiti, sebelumkematiannya.

Selangor diperintah fail afidavit isu SPRM
SHAHALAM: Mahkamah Tinggi di sini semalam, memerintahkan kerajaan Selangormemfailkan afidavit balasan dalam tempoh 14 hari terhadap permohonandifailkan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail bagi mengisytiharkanpekeliling yang melarang pegawai dan kakitangan kerajaan negeri memberikenyataan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepaswaktu pejabat, sebagai tidak sah dan terbatal.

Mahkamah sahkan cerai talak satu pelakon Santau
HULULANGAT: Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam mengesahkan perceraiansecara taklik talak satu pelakon utama filem Santau, Puteri MardianaZainal Abidin, 28, dengan suaminya Shahnaz Norwawi, 32, yang dibuatmelalui telefon bimbitnya.

Polis jangka selesai kes baling bom api kenderaan SPRM
SHAHALAM: Dalang di sebalik kejadian kenderaan pacuan empat rodaSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) rosak dibaling bom api,Khamis lalu, dijangka diketahui tidak lama lagi berikutan polis menemuipetunjuk baru.

Tuntutan mutaah Adun Melor ditangguh lagi
KOTABHARU: Janda muda, Siti Aishah Chou Abdullah, 24, semalam, melahirkanrasa tertekan apabila perbicaraan kes tuntutan mutaah berjumlah RM3juta yang difailkan terhadap bekas suami yang juga Ahli Dewan UndanganNegeri (Adun) Melor, Wan Ismail Wan Jusoh, 54, ditunda buat kali kedua,semalam.

Tiada tanda kecederaan kes rawatan pelik
KUALALUMPUR: Seorang pakar patalogi dan forensik memberitahu Mahkamah Tinggidi sini, semalam tiada sebarang kesan atau tanda kecederaan akibatmempertahankan diri ditemui di tubuh pasangan suami isteri dalampembunuhan selepas menjalani rawatan pelik pada Aidilfitri, tahun lalu.
0 Komentar untuk "JENAYAH & MAHKAMAH : RABU 26 OGOS 2009"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI