GLOBAL : RABU 26 OGOS 2009 - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

GLOBAL : RABU 26 OGOS 2009


Obama arah CIA disiasat
WASHINGTON 25 Ogos - Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), BarackObama semalam melancarkan siasatan jenayah mengenai taktik soal siasat'tidak berperikemanusiaan' yang digunakan oleh Agensi Perisikan Pusat(CIA) ke atas tahanan semasa kempen memerangi keganasan di bawah bekasPresiden George W. Bush.

Polis Indonesia batal pantau ceramah agama
JAKARTA 25 Ogos - Polis Indonesia memutuskan untuk membatalkanrancangan bagi memantau ceramah agama yang disampaikan di masjid dandalam perhimpunan umum, selepas beberapa parti politik dan pertubuhanIslam menyuarakan bantahan terhadapnya.


Estrada masih popular di Filipina
MANILA 25 Ogos - Seorang daripada setiap lima rakyat Filipina mahubekas Presiden, Joseph Estrada kembali menjadi ketua negara yang akandatang walaupun beliau pernah digulingkan pada tahun 2001 dan didapatibersalah melakukan rasuah.


Kebakaran di Athens berjaya dikawal
ATHENS 25 Ogos - Pasukan bomba semalam mendakwa berjaya memadamkankebakaran hutan yang memusnahkan pinggir bandar raya ini sejak empathari lalu, sekali gus membolehkan pesawat pemadam kebakaran ditempatkandi kawasan lain di Greece.

Pembantu kanan Khatami dibicarakan
TEHERAN 25 Ogos - Beberapa pembantu kanan kepada bekas Presiden Iran,Mohammad Khatami dan beberapa pemimpin reformis dibicarakan hari iniatas dakwaan mendalangi ketegangan selepas pilihan raya yangmenggoyahkan Republik Islam ini.

Risiko jangkitan H1N1 di AS
WASHINGTON 25 Ogos - Penasihat kesihatan Presiden Barack Obama semalammemberi amaran bahawa wabak selesema babi mungkin akan menjangkitiseparuh daripada penduduk Amerika Syarikat (AS) pada musim sejuk inidan menyebabkan lebih 90,000 kematian.

Tubuh negara Palestin dua tahun lagi
LONDON25 Ogos - Pihak Berkuasa Palestin (PA) merancang untuk mengetepikanrundingan damai Asia Barat yang sudah lama tergendala dan sebaliknyamenubuhkan negaranya sendiri dalam tempoh dua tahun.

Michael Jackson dibunuh
LOSANGELES 25 Ogos - Kematian Michael Jackson telah diklasifikasikansebagai kes bunuh yang berpunca daripada campuran ubat-ubatan merawatinsomnia.

Jet Li berlakon semula filem China
HONG KONG 25 Ogos - Jet Li akan kembali berlakon dalam filem China yangdilaporkan tidak melibatkan aksi kung fu selepas penerbitan tiga filemHollywoodnya, menurut seorang jurucakap hari ini.

Jessica Biel paling 'bahaya' di laman web
NEW YORK 25 Ogos - Jessica Biel adalah selebriti 'paling berbahaya' dilaman web. Syarikat teknologi keselamatan McAfee Inc. dalam laporannyahari ini menyatakan bahawa cari maklumat tentang artis berumur 27 tahunini secara dalam talian paling berisiko diancam spyware dan virusberbanding selebriti lain.







Askar Yahudi curi organ mayat remaja Palestin
STOCKHOLM:Kerajaan Israel digegarkan dengan pendedahan mengenai kekejamanterbarunya di bumi Palestin apabila akhbar Sweden, Aftonbladet, menuduhtentera Yahudi mengambil organ mayat warga Palestin sebelummenyerahkannya semula kepada keluarganya.

Inul tidak mahu gerudi melampau pada Ramadan
JAKARTA: Ratu dangdut Indonesia, Inul Daratista, akan terus 'bergelek' pada Ramadan ini tetapi tidak secara keterlaluan.

Ubat bius punca Michael Jackson mati
HOUSTON:Raja Pop, Michael Jackson meninggal dunia akibat pengambilan ubat biuspropofol secara berlebihan yang diberi dalam pelbagai jenis dadah,menyebabkan pihak berkuasa mengesyaki doktor penyanyi itu membunuhnya,menurut dokumen mahkamah.

Dua dos vaksin H1N1 untuk imuniti penuh
WASHINGTON: Pakar percaya bahawa dua dos vaksin H1N1 diperlukan untuk mewujudkanimuniti penuh kepada virus itu ketika penasihat sains Rumah Putihmahukan pihak berkuasa Amerika Syarikat membantu syarikat perubatanmempercepatkan bekalan bagi ubat dan vaksin selesema babi.

19 peratus sedia sokong Estrada jadi calon Presiden
MANILA:Seorang daripada lima pengundi menyokong bekas Presiden Filipina,Joseph Estrada sebagai pemimpin tahun depan walaupun beliau digulingkanpada 2001 dan didapati bersalah kerana rasuah. Tinjauan di kalangan1,800 dewasa yang dikendali oleh Pulse Asia antara 28 Julai dan 10 Ogosmendapati 19 peratus responden menyokong Estrada jika pilihan rayapresiden yang sepatutnya diadakan Mei depan, diadakan sekarang

Scotland marah cara Libya sambut pengebom
EDINBURGH: Libya tidak menunaikan janji untuk memberi sambutan sederhana kepadapengebom Lockerbie selepas pembebasannya daripada penjara minggu lalu,kata Menteri Kehakiman Scotland, Kenny MacAskill kelmarin.

Polis Muslim diberi cuti Ramadan
MANILA:Anggota tentera dan polis Islam diberikan cuti khas bagi membolehkanmereka menyambut Ramadan bersama keluarga biarpun sewaktu Filipinameningkatkan operasi ke atas militan Abu Sayyaf di Mindanao.

Polis gusar pencuri sasar warga Islam
LONDON: Polis di kawasan Lancashire memberi amaran bahawa penyamun dan pencurikereta mungkin akan menyasarkan orang Islam yang sedang meraikan bulanRamadan.

Lelaki berpoligami mengamuk puasa ketiga
TEHERAN:Seorang lelaki Iran membunuh enam orang termasuk isteri pertama danseorang anak perempuannya dalam kejadian amuk selepas satu pertengkarankeluarga, di sini.
0 Komentar untuk "GLOBAL : RABU 26 OGOS 2009"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI