Peserta Venezuela menang Miss Universe - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Peserta Venezuela menang Miss Universe

Peserta Venezuela menang Miss Universe


DAYANA (kiri) menyampaikan mahkota kemenangan kepada Fernandez di Bahamas kelmarin.


NASSAU - Peserta ratu cantik dari Venezuela sekali lagi mengenepikan 15 jelitawan lain sekali gus memenangi Miss Universe 2009 di Atlantis, Pulau Paradise, Bahamas kelmarin.

Pada tahun lalu, Dayana Mendoza dari Venezuela memenangi gelaran Miss Universe itu.

Namun, pada tahun ini, Stefania Fernandez yang berusia 18 tahun dari Venezuela dipilih untuk menjadi pemenang baru Miss Universe.

Berpakaian gaun berwarna merah, Fernandez memeluk pemenang tempat kedua dari Republik Dominica, Ada Aimee de la Cruz sebelum menari dengan penuh kegembiraan ketika dia diumumkan sebagai pemenang.

"Apakah kelebihan wanita Venezuela (sehingga mampu menjuarai Miss Universe dua kali berturut-turut)?" tanya Fernandez yang merupakan seorang pelajar jurusan perhubungan antarabangsa kepada wartawan.

Dia kemudian menjawab: "Kami menjadi diri sendiri (tidak berpura-pura).

Tempat ketiga dimenangi oleh Ratu Kosovo, Droga Ganusha manakala Ratu Australia Rchael Finch dan Ratu Puerto Rico, Mayra Matoz Perez berada dalam kelompok lima peserta final.

Ratu Thailand Chutima Durongdej ditabalkan sebagai Ratu Fotogenik. - AP

0 Komentar untuk "Peserta Venezuela menang Miss Universe"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI