Tee Keat saman King Sing RM500j - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Tee Keat saman King Sing RM500j

Tee Keat saman King Sing RM500j


BANGUNAN Port Klang Free Zone (PKFZ) di Pelabuhan Klang.


KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat semalam menyaman Anggota Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing dan menuntut ganti rugi am sebanyak RM500 juta kerana mendakwa King Sing mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya.

Tee Keat yang juga Presiden MCA memfailkan writ saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada pukul 11.15 pagi melalui Tetuan Tan, Goh & Associates.

Beliau mendakwa King Sing, Pengarah Esekutif syarikat Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB), mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya berhubung pemberian RM10 juta yang kemudian diterbitkan di laman web Malaysiakini pada Ogos 12 lalu.

Dalam pernyataan tuntutannya, Tee Keat berkata, kenyataan itu tidak benar dan beliau memohon supaya King Sing membuat satu penarikan balik kenyataannya serta permintaan maaf disiarkan di semua surat khabar utama.

Tee Keat juga menuntut ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan perintah injunksi untuk menghalang King Sing atau ejennya daripada mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya berhubung isu itu.

0 Komentar untuk "Tee Keat saman King Sing RM500j"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI