Bapa Kartika berang, kecewa - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Bapa Kartika berang, kecewa

Bapa Kartika berang, kecewa


KARTIKA (dua dari kanan) sebak ketika menemui wartawan selepas dia ditemani bapanya, Shukarnor (bersongkok) membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kuala Kangsar semalam.


SUNGAI SIPUT - Selepas ditahan oleh sepasukan pegawai Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di rumahnya di Kampung Jawang di sini pada pukul 9.30 pagi semalam, Kartika Sari Dewi Shukarnor 'dikembalikan' semula ke pangkuan keluarganya sejam kemudian.

Itulah yang berlaku terhadap model sambilan berumur 32 tahun itu yang sepatutnya dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam sebelum ditempatkan di Penjara Kajang selama seminggu bagi menjalani hukuman enam sebatan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 18 Julai lalu.

Tindakan pegawai yang mengetuai pasukan itu, Shafaruddin Zainal Ariffin menyerahkan semula Kartika kepada bapanya, Shukarnor Abdul Mutalib hampir mencetuskan ketegangan.

Shukarnor dan beberapa ahli keluarga yang ketika itu bersiap-siap untuk ke Shah Alam bagi mengiringi Kartika terkejut apabila van yang membawa anaknya masuk semula ke halaman rumahnya.

"Saya mendapat arahan untuk memaklumkan kepada Tuan Haji (Shukarnor) bahawa kami tidak dapat melaksanakan perintah tahanan dan pelaksanaan hukuman yang sepatutnya dilaksanakan hari ini (semalam). Ini arahan pihak atasan dan saya tidak boleh mendedahkannya (pihak atasan terbabit)," kata Shafaruddin kepada Shukarnor.

Berang dengan apa yang berlaku, Shukarnor mendesak pegawai terbabit menerangkan apakah alasan penangguhan hukuman tersebut sambil meminta surat rasmi mengenai arahan itu.

0 Komentar untuk "Bapa Kartika berang, kecewa"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI