JENAYAH & MAHKAMAH : SELASA 25 OGOS 2009 - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

JENAYAH & MAHKAMAH : SELASA 25 OGOS 2009


Hukuman penjara 10 tahun kekal
KUALA LUMPUR 24 Ogos – Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkanhukuman penjara 10 tahun terhadap dua bekas pengurus besar Tabung Hajiyang disabitkan kesalahan pecah amanah dan penipuan membabitkan RM200juta milik institusi itu, lapan tahun lalu.

Beng Hock tidak jawab soalan tentang dokumen
SHAHALAM 24 Ogos - Pengawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan RasuahMalaysia (SPRM) Selangor, Mohd. Anuar Ismail memberitahu MahkamahKoroner hari ini bahawa Teoh Beng Hock gagal memberi jawapan terhadapbeberapa soalan berhubung dokumen-dokumen yang terdapat dalam komputerperibadi dan komputer ribanya.

Tee Keat saman King Sing RM500 juta
KUALALUMPUR 24 Ogos - Kemelut isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) memasukifasa baru apabila Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat hariini menyaman Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing bagimenuntut ganti rugi RM500 juta kerana didakwa mengeluarkan kenyataanberunsur fitnah terhadapnya.

Palsu pernyataan RM200j
KUALALUMPUR 24 Ogos - Seorang pengarah syarikat tidak sempat berlepas keHong Kong apabila dia diberkas di Lapangan Terbang Antarabangsa KualaLumpur (KLIA) pagi ini untuk dihadapkan ke mahkamah atas tuduhanmembuat pernyataan palsu berkaitan akujanji berjumlah RM200 juta.

Sijil sakit diragui, peniaga dikenakan waran tangkap
PUTRAJAYA 24 Ogos - Ahli perniagaan, Koh Kim Teck yang dibebaskandaripada tuduhan membunuh seorang budak lelaki warga China berusia 13tahun, dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Rayuan hari ini setelahmendapati sijil sakitnya dari sebuah hospital di China meragukan.


Enam lelaki berlagak perempuan didenda
KUALA LUMPUR 24 Ogos - Ketika umat Islam meningkatkan amal ibadat dibulan Ramadan, enam lelaki berpakaian wanita pula meneruskan aktivititidak bermoral mereka di Lorong Haji Taib seperti biasa.

Sarjan Lim bela diri 1 Oktober
KUALA LUMPUR 24 Ogos - Pelakon drama bersiri Gerak Khas , Mohd. FaridAmirul Hisham atau 'Sarjan Lim' diperintahkan oleh Mahkamah Majistretdi sini membela diri atas tuduhan mencuri dua buah buku dari kedai bukuMPH, lima bulan lalu.

Tee Keat fail saman CEO KDSB RM500 juta
KUALALUMPUR: Datuk Seri Ong Tee Keat memfailkan saman terhadap Datuk SeriTiong King Sing menuntut ganti rugi RM500 juta selepas mendakwa AhliParlimen Bintulu itu mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah ke atasnya.

Bapa Kartika buat laporan polis
SUNGAISIPUT: Shukarno Mutalib membuat laporan polis terhadap Jabatan AgamaIslam Pahang (Jaip) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Kuala Kangsar,dekat sini semalam kerana mendakwa Jaip memperkotak-katik anaknyaberikutan keputusan menangguhkan hukuman sebat terhadap Kartika SariDewi.

'Usah pertikai keputusan mahkamah tinggi syariah'
KUALALUMPUR: Persatuan Peguam Syarie Malaysia mempersoalkan kenyataan pihaktertentu yang mempertikaikan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantanyang menjatuhkan hukuman sebat terhadap Kartika Sari Dewi Sukarno, 32,kerana meminum arak sedangkan keputusan sama pernah dibuat sebelum ini.

Polis tembak mati empat penjenayah
SEREMBAN: Polis menembak mati empat penjenayah ketika mereka dipercayai merancangmelakukan rompakan sekitar Labu dan Nilai, dalam kejadian berbalastembak berhampiran kawasan kuari Batu 10, Jalan Labu, dekat sini pagisemalam.

Mrs Andy dalang seludup masuk bayi
KUALALUMPUR: Seorang wanita tempatan dipercayai menjadi dalang sindiketpenyeludupan bayi dari Thailand ke negara ini untuk dijual kepadapasangan yang tidak mempunyai anak.

Inkues Teoh Beng Hock: Tiada bukti sokong isi surat layang
SHAHALAM: Tiada bukti bagi menyokong semua tohmahan yang terkandung dalamsepucuk surat misteri mengenai pembabitan Suruhanjaya Pencegahan RasuahMalaysia (SPRM) berhubung kematian Teoh Beng Hock, Mahkamah Koroner disini diberitahu, semalam.

Pengawal keselamatan mati kena 10 tetakan
GOMBAK:Seorang pengawal keselamatan ditemui mati dengan lebih 10 kesan tetakandi muka, kepala dan badan selain tangan kiri hampir putus di sebuahkilang memproses jus minuman di Kawasan Perindustrian Taman Ehsan,Kepong di sini, semalam.

Saksi dakwa tertuduh terdengar bisikan halus
KUALALUMPUR: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, semalamtertuduh pertama dalam kes pembunuhan sepasang suami isteri padaAidilfitri tahun lalu, pernah memaklumkan kepadanya dia ada mendengarbisikan halus dan melihat Imam Mahadi, Rasulullah dan orang salihketika sedang menderita sakit selama lapan bulan.

Sindiket curi kereta lama lumpuh
KULIM: Polis melumpuhkan satu sindiket mencuri kereta lama berikutantertangkapnya empat lelaki, termasuk dua beranak dalam satu operasi disini dan Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Khamis lalu.

Pelakon Gerak Khas diperintah bela diri
KUALALUMPUR: Mahkamah Majistret di sini, semalam memerintahkan pelakon yangpopular menerusi drama bersiri Gerak Khas membela diri atas tuduhanmencuri buku bertajuk Decoding The Heaven dan The Sistine Secretsberharga RM194.90, di kedai MPH Bookstore, Mid Valley di sini, jam 7.15malam, 27 Mac lalu.
0 Komentar untuk "JENAYAH & MAHKAMAH : SELASA 25 OGOS 2009"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI