Oleh Hussain Said, Kamudin Baharom, Bashah Zainol
bhsukan@bharian.com,my
PEMAIN Terengganu, Wan Md Aliff Wan Jasmi (dua dari kanan) berjaya melepasi asakan pemain Perak, K Puvindren (kanan) pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi. |
Perlis terus hidup peluang buru juara selepas benam Johor FC 1-0
SELANGOR kekal berada pada landasan untuk menjuarai gelaran Liga Super buat kali pertama dalam sejarahnya apabila meraih kemenangan selesa 4-1 ke atas MyTeam di Stadium MBPJ malam tadi.
Jaringan Merah Kuning diledakkan Mohd Hardi Jaafar (m-27), Safee Sali (m-50), R Surendran (m-69), C Premnath (m-75) dengan kapten MyTeam memberikan gol sagu hati buat tuan rumah pada minit ke-55.
Pencabar terdekat, Perlis terus menghambat apabila menang 1-0 ke atas Johor FC di Stadium Utama Negeri, Kangar dengan Azi Shahril Azmi melepasi perangkap ofsaid untuk menolak masuk melepasi penjaga gawang, G Jeevanantham pada minit ke-65.
Di Stadium Sultan Mohamad IV, Kelantan meneruskan prestasi baik di gelanggang sendiri apabila bangkit daripada ketinggalan 1-2 untuk menang 3-2 ke atas Pahang.
Mohd Azamuddin Akil mengejutkan tuan rumah apabila membuka jaringan buat pelawat pada minit ke-18, namun disamakan tiga minit kemudian menerusi Ahmad Azlan Zainal yang melencongkan sepakan percuma yang terkena benteng Pahang dan terus menerjah masuk.
Azamuddin kemudiannya meletakkan Pahang di depan tiga minit sebelum rehat apabila berjaya melepasi perangkap ofsaid sebelum meledakkan rembatan melepasi penjaga gol, Mohd Shahrizan Ismail, namun disamakan kapten Kelantan, Mohd Badri Radzi tiga minit selepas rehat menerusi sepakan percuma.
Zainul Fitree Ishak merampas tiga mata penuh buat Kelantan apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-65.
Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Terengganu terikat 1-1 dengan Perak dengan pelawat mendahului menerusi Razali Umar Kandasamy pada minit ke-28 sebelum disamakan Abdul Manaf Mamat pada minit ke-46.
Di Stadium Darulaman, Kedah menang 4-0 ke atas KM Naza manakala Pulau Pinang menang 2-0 ke atas Polis di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
Selangor enggan lepas takhta
KUALA LUMPUR - Selangor menafikan peluang pasukan lain untuk merampas kedudukan pendahulu Liga Super dengan menjadikan UPB-MyTeam mangsa belasahan mereka apabila menang 4-1 pada perlawanan di Stadium Petaling Jaya, semalam.
Gol pertama Selangor hadir pada minit ke-30 melalui pemain tengah, Mohd Hardi Jaafar sebelum penyerang berbisa Red Giants, Mohd. Safee Sali meledak dengan gol kedua pelawat pada minit ke-50.
UPB-MyTeam membalas dengan gol menerusi Khaironisam Sahabudin pada minit ke-66 tetapi C.Premnath memusnahkan sisa-sisa perjuangan tuan rumah dengan menambah dua lagi gol buat Selangor pada minit ke-69 dan 76.
Kemenangan besar Selangor itu sekali gus menutup peluang Perlis untuk kembali menguasai puncak liga walaupun mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Johor FC di Stadium Utama Negeri, Kangar.
Gol tunggal perlawanan itu dijaringkan Azri Shahril Azmi pada minit ke-65 selepas mendapat umpanan Ridzwan Othman.
Kelantan turut mencatat kemenangan untuk kekal dalam perebutan kejuaraan liga musim ini dengan menewaskan Pahang 3-2 di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu.
Walaupun pada satu ketika dua kali ketinggalan, namun Kelantan berjaya bangkit penuh semangat untuk memperoleh gol menerusi Ahmad Azlan Zainal (m-21), Mohd. Badri Radzi (m-48) dan Zairul Fitree Ishak (m-65).
Sementara dua gol Pahang yang dibimbing jurulatih Dollah Salleh disumbangkan oleh Mohd. Azimuddin Akil pada minit ke-18 dan 42.Selangor kekal terajui liga
0 Komentar untuk "KEPUTUSAN LIGA SUPER : AHAD 05 JULAI 2009 - Selangor kekal terajui liga"