Mahfuz beritahu mengapa tinggalkan PAS - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Mahfuz beritahu mengapa tinggalkan PAS



ALOR STAR: Mahfuz Omar hari ini meninggalkan PAS dengan berkata parti Islamis itu tidak lagi mempunyai komitmen tinggi terhadap perjuangan rakyat.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu memberikan beberapa sebab mengapa beliau akhirnya meninggalkan PAS setelah 34 tahun bersama parti itu.

Mahfuz pada sidang media hari ini memberi contoh keputusan Ahli Parlimen PAS mengambil sikap berkecuali semasa mengundi apabila Bajet 2018 diluluskan di Dewan Rakyat.
Sikap berkecuali itu menunjukkan PAS tidak sedari penderitaan yang mencengkam hidup rakyat.
“Ia belanjawan yang mengambil pendapatan daripada rakyat, melalui pengurasangan subsidi dan GST.

“Ia sangat malang apabila parti politik seperti PAS tak dapat zahirkan rasa bersama denyut nadi rakyat,” katanya hari ini semasa mengumumkan peletakkan keahliannya berkuat kuasa malam ini.
Mahfuz seterusnya berkata rang undang-undang persendirian oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu mencadangkan pindaan ke atas Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) bagi meningkatkan had maksimum hukuman syariah dijadikan “alat untuk kepentingan politik parti, bukan komitmen tinggi untuk Islam itu sendiri.”

“Atas beberapa perkara ini, saya anggap isu itu, sebagai ahli PAS, saya dipermainkan. Begitu juga dengan ahli PAS lain, seolah-olah mereka dipermainkan,” katanya.

Satu lagi contoh, Mahfuz berkata PAS hanya sasar 40 daripada 222 kerusi Parlimen yang menunjukkan parti Islamis itu tidak bersedia untuk ambil alih pemerintahan negara.
Beliau berkata walaupun PAS berkata mereka mahu bertanding di 130 kerusi Parlimen, ia sia-sia kerana mereka sebenarnya hanya sasar 40 kerusi.

“Sudah tentu kesusahan rakyat akan berterusan selepas PRU akan datang.
“Cukup untuk itu, walaupun saya boleh nyatakan beberapa lagi sebab lagi, ahli-ahli PAS harus ada ada satu kesimpulan akhir, iaitu zahirkan sokongan mereka kepada PH pada PRU akan datang,” katanya.

Ditanya perasaannya ketika ini, Mahfuz berasa sedih dengan apa yang berlaku dalam PAS selama ini.
Mahfuz berkata beliau banyak dipengaruhi oleh bekas presiden PAS Datuk Fadzil Muhammad Noor.
“Pemikiran politik Islam yang dia bawa telah pengaruhi saya. Ramai kalangan ahli PAS begitu kagum dengan pemikiran dan ilham Fadzil Noor.

“Saya sedih dengan apa yang sedang berlaku dalam PAS, kerana asas yang dibina oleh Fadzi Noor, iaitu membuka satu lebuhraya politik lebih luas demi kepentingan Islam, seperti disempitkan hari ini. Kembali ke jalan lama,” tambahnya.
0 Komentar untuk "Mahfuz beritahu mengapa tinggalkan PAS"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI