Susah Betul Nak Cakap KL Kata Fikry - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Susah Betul Nak Cakap KL Kata Fikry




TERLALU pekat bercakap dengan loghat utara, pelawak berasal dari Kedah iaitu Fikry Ibrahim ini memberitahu ia cabaran utamanya untuk menjadi pelakon.
Dia yang turut terlibat dalam drama popular Hero Seorang Cinderella mengakui agak sukar berdialog dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dengan baik seperti yang ditulis dalam skrip.
Bagaimanapun, Fikry yang membawakan watak Noah Farizzam berkata, pelakon-pelakon lain banyak membantunya sepanjang menjalani penggambaran.
"Susahnya saya yang cakap Kedah ini nak bercakap dalam bahasa KL (bahasa Malaysia), ditambah pula kalau kena bercakap bahasa Inggeris, memang hancur.
"Fazura banyak bantu saya fahamkan terutamanya penggunaan bahasa Inggeris kepada saya... kalau tidak memang susah. Pelakon-pelakon lain juga banyak membantu," ujarnya kepada mStar Online.
Fikry  (kanan) bersama barisan pelakon Hero Seorang Cinderella
Dalam pada itu, bercerita tentang pengalaman pertamanya di set penggambaran, Fikry berkata, dia sering terlupa dialog ketika berhadapan dengan aktor popular.
Katanya, barisan pelakon popular dalam drama tersebut juga menjadi punca dia berasa tertekan jika tidak melakukannya dengan baik.
"Semua pelakon drama ini bertaraf bintang dan sudah tahu bakat mereka dalam bidang lakonan. Ia membuatkan saya rasa takut kerana ini adalah penggalaman pertama saya.
"Masa hari pertama di set penggambaran saya sudah hafal dan buat latihan banyak kali, tapi bila berhadapan dengan Uqasha sahaja saya lupa apa skrip yang perlu saya cakap.
"Sejujurnya memang ada rasa takut jika lakonan saya mencacatkan drama ini," ujanya.
Dalam pada itu, ditanya tentang persediaannya menerima komen negatif netizen, Fikry berkata, dia mengakui sudah  menanam sikap terbuka menerima komen-komen penonton.
"Saya sudah bersedia dikritik dan saya harap penonton dapat beri kritikan yang membina agar saya dapat membaiki mutu lakonan saya pada masa akan datang," ujarnya.
Drama Hero Seorang Cinderella lakonan Fattah Amin dan Fazura disiarkan setiap 10 malam, Khamis hingga Jumaat di Astro Ria.
Fikry juga pernah diberi peluang menjadi hos Gema Gegar Vaganza siaran Astro Oasis.


Read more at http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/06/03/fikry-ibrahim-bahasa/#wjzYoIrQs2ukT06M.99
0 Komentar untuk "Susah Betul Nak Cakap KL Kata Fikry "

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI