Dakwaan Shafee terima RM9.5 juta mudah disiasat, PAS beritahu SPRM - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Dakwaan Shafee terima RM9.5 juta mudah disiasat, PAS beritahu SPRM



PETALING JAYA: PAS tidak mengharapkan seorang peguam terkemuka yang dituduh menerima wang sejumlah RM9.5 juta daripada akaun bank perdana menteri untuk menjawab dakwaan terhadapnya, sebaliknya berkata ia boleh disahkan dengan mudah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Perkara ini sangat mudah disiasat kerana ia melibatkan transaksi pada jumlah yang besar iaitu RM9.5 juta antara dua individu,” kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Sekiranya tuduhan itu benar, jawapannya ya, sekiranya tuduhan itu tidak benar, jawapannya tidak.”
Portal Sarawak Report baru-baru ini melaporkan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, peguam yang dilantik khas bagi mengetuai pasukan pendakwaraya alam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berakhir dengan hukuman penjara 5 tahun pada Februari 2015, menerima wang daripada akaun Ambank dimiliki Datuk Seri Najib Razak.

Portal itu turut menerbitkan gambar pengesahan yang menunjukkan 2 transaksi berjumlah RM9.5 juta, satu daripadanya pada Februari 2014, 2 minggu sebelum Mahkamah Rayuan mengubah keputusan Mahkamah Tinggi terhadap Anwar, daripada tidak bersalah kepada bersalah.

Ia bukan tuduhan pertama mengenai aliran wang kepada beberapa pihak membabitkan Najib. Sebelum ini, beberapa inividu termasuk bekas timbalan presiden PAS, Datuk Nasharudin Mat Isa, turut dinamakan sebagai penerima wang itu, yang dikaitkan dengan syarikat bermasalah 1MDB.
Pada 2015, The Wall Street Journal memetik kertas penyiasat Malaysia sebagai berkata Najib menerima sejumlah RM2.6 bilion daripada wang berkait 1MDB.

Perdana menteri bagaimanapun menafikan dakwaan itu, sebaliknya berkata wang itu merupakan sumbangan keluarga diraja Arab Saudi bagi membantu kempen Umno pada pilihan raya umum 2013.
Kerajaan sebelum ini berkata Shafee dibayar hanya RM1,000 atas khidmatnya dalam kes Anwar.

“Ketika itu dan sehingga kini, rakyat sudah tertanya-tanya mungkinkah bayaran kepada Shafee sebegitu murah?” kata Tuan Ibrahim hari ini, dan menambah ia punca mengapa tuduhan terkini Sarawak Portal menjadi tular.

Katanya Bank Negara Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negara boleh bekerjasama dengan SPRM untuk mempercepatkan siasatan.

“Sekiranya terdapat transaksi itu, di mana datangnya sumber duit itu dan apakah duit itu telah dibayar cukai?” soalnya.

0 Komentar untuk "Dakwaan Shafee terima RM9.5 juta mudah disiasat, PAS beritahu SPRM"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI