Zaid kritik Wan Azizah tak berani jawab soalan hudud - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Zaid kritik Wan Azizah tak berani jawab soalan hudud



PETALING JAYA: Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim hari ini mengkritik Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berani menjawab soalan berhubung hudud.

“Pemimpin Islam dalam Pakatan (kecuali Tun Dr Mahathir Mohamad) sentiasa takut menjawab soalan mengenai hudud. Wan Azizah ialah seorang daripadanya,” tulisnya dalam Twitter.
Khamis lalu, Majlis Syura Ulama PAS mengambil ketetapan untuk menamatkan kerjasama dengan PKR disebabkan 3 pelanggaran oleh parti reformasi itu, termasuk menentang sebahagian agenda Islam yang dibawakan PAS seperti rang undang-undang dibawakan parti Islam itu untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355.

Wan Azizah dalam responsnya pada Jumaat lalu langsung tidak mengkritik PAS, sebaliknya menggesa semua “parti politik progresif” untuk menyelamatkan Malaysia.

Katanya, PKR sentiasa menyokong sebarang usaha untuk memperkasa undang-undang syariah.
Ketua pembangkang itu berkata, PKR “mendukung secara prinsip usaha pemerkasaan Mahkamah Syariah seperti yang ditegaskan kenyataan media Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 8 April 2017”.

Zaid berkata, mereka yang mahu menjadi pemimpin sebuah negara berbilang bangsa dan agama perlu bersedia mempertahankan institusi dan undang-undang sekular.

Bagaimanapun, katanya, pemimpin Islam dalam Pakatan Harapan tidak memahami undang-undang dan dasar kerajaan perlu digubal berdasarkan konsep tunggal, iaitu Perlembagaan negara ialah sekular.

Ahli DAP itu berkata, hanya sebuah negara sekular boleh memastikan rakyat menikmati kebebasan dan mempunyai pilihan sendiri, tetapi bukannya undang-undang agama.

Pada 17 Disember 2016, Lim Kit Siang dipetik China Press sebagai berkata, Malaysia akan memiliki perdana menteri wanita pertama, jika Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 kerana Dr Wan Azizah akan memangku jawatan nombor 1 negara itu sehingga suaminya dibebaskan dari penjara.

Penasihat DAP itu dilaporkan berkata, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula akan dilantik sebagai pemangku timbalan perdana menteri, jika PH berjaya merampas Putrajaya daripada BN.

0 Komentar untuk "Zaid kritik Wan Azizah tak berani jawab soalan hudud"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI