G25 Bimbang Ulama Malaysia 'Terikut' Zakir Naik - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

G25 Bimbang Ulama Malaysia 'Terikut' Zakir Naik



PETALING JAYA: Kumpulan 25 Melayu Terkemuka (G25) bimbang kenyataan negatif Dr Zakir Naik terhadap agama lain akan menyemarakkan semangat ulama Malaysia untuk mengikuti gaya 'toleransi' beliau.

"Maklum balas yang kita lihat di kumpulan sembang menunjukkan bahawa orang bukan Islam gentar terhadap trend terbaru ini di mana pegawai tinggi agama seolah-olah mempunyai imuniti dalam menyatakan pendapat mereka dengan begitu bebas tanpa mengambil kira perasaan kaum lain," kata kata kumpulan itu dalam satu kenyataan pada Isnin.

G25 berkata mereka percaya kepada kebebasan bersuara, tetapi apabila dibenarkan memihak kepada orang tertentu dan menafikan orang lain yang mempunyai pandangan berbeza, ia bukanlah jenis kebebasan yang sihat untuk masyarakat kita yang berbilang kaum.

Walaupun mereka menghormati hak Zakir untuk menyatakan pandangan mengenai Islam dan perbandingan dengan agama lain, kumpulan ini bimbang kerana beliau selalu mencetuskan kemarahan di kalangan orang ramai kerana sering merendahkan agama lain.

"Beliau juga berkait rapat dengan pandangan ekstremis dan sikap tidak bertoleransi terhadap kebebasan beragama dan hasilnya telah dilarang daripada berdakwah di United Kingdom, Kanada, Singapura, India dan Pakistan," menurut kenyataan itu.


Read more at http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/05/08/g25-bimbang-ikut-zakir-naik/#Vw4Yzo3GW8lQdf2C.99
0 Komentar untuk "G25 Bimbang Ulama Malaysia 'Terikut' Zakir Naik "

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI