'Sejak Pas wujud, orang Melayu bukan lagi majoriti' - Tun Mahathir - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

'Sejak Pas wujud, orang Melayu bukan lagi majoriti' - Tun Mahathir



SHAH ALAM - Pengerusi Bersatu,Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa penubuhan Pas telah menyebabkan orang Melayu tidak lagi menjadi golongan majoriti, walaupun Melayu merupakan bangsa majoriti di Malaysia.

Dakwanya lagi,oleh kerana semua orang Melayu beragama Islam, penubuhan Pas bukan sahaja memecahbelah orang Melayu tetapi juga memecahbelah orang Islam.

"Demikianlah dalam usaha Pas untuk mendapat sokongan mereka sanggup mengkafir orang Melayu yang tidak menyertai parti Pas.

"Dengan ini gejala sosial menimpa keluarga Melayu kerana ada ahli Pas yang mengkafir ibubapa mereka dan menganggap perkahwinan mereka tidak sah. Sehingga ke hari ini pun ada tempat di mana orang Melayu tidak sembahyang bersama," katanya menerusi blog Chedet.cc hari ini.

Dalam pada itu, ketika menyentuh mengenai perkembangan Pas yang menolak untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan dan meletak calon di dalam kawasan yang Pas tidak mungkin menang dalam pilihan raya umum akan datang, beliau mendakwa 'Pas menyokong Umno dan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan memecah undi pembangkang'.

"Jadi sejak Pas ditubuhkan, perpecahan di kalangan orang Melayu dan orang Islam di Malaysia tidak dapat dipulihkan lagi," dakwanya lagi.

0 Komentar untuk "'Sejak Pas wujud, orang Melayu bukan lagi majoriti' - Tun Mahathir"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI