Muhammad Khalil Abdul Hadi menang tanpa bertanding Ketua Dewan Pemuda PAS - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Muhammad Khalil Abdul Hadi menang tanpa bertanding Ketua Dewan Pemuda PAS



KUALA LUMPUR: Anak Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Muhammad Khalil diisytiharkan menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua Dewan Pemuda bagi sesi 2017-2019. Muhammad Khalil yang juga penyandang Timbalan Ketua, mengisi kekosongan ditinggalkan Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz yang melepaskan jawatan berkenaan kerana faktor usia. Selain jawatan Ketua, Lembaga Pemilihan PAS Pusat turut mengisytiharkan Kharil Nizam Khiruddin menang tanpa bertanding bagi jawatan Timbalan Ketua dan Ahmad Fadhli Shaari bagi jawatan Naib Ketua. Kamal Ashaari dan Dr Riduan Mohd Nor juga diisytiharkan menang tanpa bertanding masing-masing bagi jawatan Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap. Bagaimanapun pengundian akan dijalankan bagi memilih 12 Ahli Jawatankuasa daripada 14 calon yang bertanding pada muktamar pergerakan itu, akhir bulan ini.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/272981
0 Komentar untuk "Muhammad Khalil Abdul Hadi menang tanpa bertanding Ketua Dewan Pemuda PAS"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI