Pas arah pembangkang jangan tanding 80 kerusi pilihan - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Pas arah pembangkang jangan tanding 80 kerusi pilihan



SHAH ALAM - Pas 'mengarahkan' seluruh parti pembangkang supaya jangan masuk bertanding di 80 kerusi pilihannya pada PRU14 akan datang.

Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, ia bagi mengelakkan berlakunya pertembungan tiga penjuru ketika Pas menentang Umno.

"Pakatan Harapan jangan masuk. Amanah jangan masuk. Bersatu pun jangan masuk.

"PKR bertanding di kerusi mereka PRU13. DAP pun sama. Dua penjuru akan berlaku," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pas meletakkan sasaran untuk bertanding di 80 kerusi Parlimen pada PRU14 dan tidak menolak kemungkinan bertanding di kerusi tradisi DAP dan PKR.

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad bagaimanapun berkata, angka dan kawasan baharu belum dimuktamadkan dan perincian itu masih dibuat oleh jentera pilihan raya sebelum keputusan dimuktamadkan oleh Pas pusat.

Bagaimanapun Khairuddin dalam posting Facebooknya semalam sempat menyatakan kerisauan berhubung pendirian Pakatan Harapan terhadap kerusi yang dipertandingkan.

"Tapi bersediakah Amanah untuk tidak bertanding pilihanraya?

"Atau bersediakah PKR dan DAP untuk memberikan laluan kepada Amanah di kerusi mereka tanpa menyentuh kerusi tradisi Pas pada PRU ke 13?" soalnya.

0 Komentar untuk "Pas arah pembangkang jangan tanding 80 kerusi pilihan"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI