Isu MB KEDAH: Giliran Adun pembangkang dipanggil menghadap - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Isu MB KEDAH: Giliran Adun pembangkang dipanggil menghadap

ALOR SETAR - Selepas 20 Adun BN menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Wisma Darul Aman di sini tadi, esok giliran 15 Adun daripada pembangkang pula dipanggil untuk menghadap.

Ahli Parlimen, Datuk Mahfuz Omar berkata, kesemua Adun pembangkang diarahkan hadir ke sesi khas berkenaan pada jam 2.30 petang.

Mahfuz berkata, krisis politik yang berlaku dalam pimpinan Umno Kedah telah menyusahkan banyak pihak termasuk memaksa campur tangan istana dan Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

"Saya tidak bersetuju dengan tindakan pimpinan Umno yang mahu mengubah kepimpinan kerajaan negeri kerana ia hanya menyusahkan banyak pihak.

"Ini menunjukan tindakan yang diambil oleh pemimpin mereka sangat tidak wajar kerana hanya semata-mata nak hapuskan musuh politik mereka iaitu Mukhriz, " katanya ketika ditemui media di pekarangan Stadium Darul Aman di sini, hari ini.

Terdahulu, Mahfuz bersama ribuan penyokong bola sepak Kedah berkumpul di perkarangan Stadium Darul Aman bagi menantikan ketibaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk menyaksikan perlawanan persahabatan diantara Kedah dengan Sungai Ara FC.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kehadirannya pada malam ini, Mahfuz berkata beliau hadir bagi memberi sokongan kepada Mukhriz yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

0 Komentar untuk "Isu MB KEDAH: Giliran Adun pembangkang dipanggil menghadap"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI