Saya tidak yakin Bajet 2016 akan berjaya ditolak - Kit Siang - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Saya tidak yakin Bajet 2016 akan berjaya ditolak - Kit Siang

Parlimen nampaknya tidak akan berjaya mengundi menolak Bajet 2016 pada Isnin ini, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang ekoran peluang mendapatkan sokongan daripada ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) adalah kecil.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu tidak nampak penyokong BN khasnya daripada Umno akan menyokong cadangan menolak bajet yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu kerana tidak mahu tindakan disiplin dikenakan ke atas mereka.

"Berdasarkan senario politik sekarang, saya tidak nampak kita akan dapat sokongan 40 wakil BN/Umno menyertai 71 ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan iaitu DAP, PKR dan Amanah (Parti Amanah Negara) untuk menolak Bajet 2016 Najib itu.

"Ia akan berbeza jika kita ada keyakinan dan jaminan 40 Umno/BN yang berani menunjukkan ketidakyakinan mereka kepada kepimpinan Najib. Saya tidak nampak ini akan berlaku Isnin ini," katanya di forum "Solidariti Bersama Lim Kit Siang dan Mana RM2.6 bilion" yang diadakan di Kota Kinabalu malam tadi.
Parlimen akan bersidang semula Isnin ini selepas cuti seminggu berikutan sambutan Deepavali yang akan menyaksikan ahli Parlimen mengundi sama ada menerima atau menolak Bajet 2016 itu.

Jika bajet ditolak, ia umpama undi tidak percaya terhadap Najib yang akan memaksa beliau meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

Majoriti dua pertiga diperlukan untuk menolak bajet itu, tetapi pembangkang tidak mempunyai jumlah mencukupi di mana mereka hanya mempunyai 88 ahli daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat.

Gabungan tidak rasmi baharu ditubuhkan, Pakatan Harapan hanya mempunyai 72 ahli Parlimen kerana PAS tidak menyertai pakatan itu.

Najib kini diserang ekoran skandal yang melanda badan pelaburan kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan isu RM2.6 bilion "derma" dari Timur Tengah yang tidak diketahui pendermanya yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau menjelang pilihan raya umum 2013.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memfailkan satu usul tidak percaya terhadap Najib.

Lim yang tidak berada di dalam Parlimen kerana sedang menjalani hukuman gantung selama 6 bulan kerana menghina Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia, juga tidak percaya ahli Parlimen daripada PAS akan menyertai wakil Pakatan Harapan dalam undi menolak bajet.

Ini kerana parti Islam itu  mengisytiharkan ahli-ahli Parlimen mereka akan berkecuali dalam undian berkenaan. – 12 November, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/saya-tidak-yakin-bajet-2016-akan-berjaya-ditolak-kata-kit-siang#sthash.XESSDAm1.dpuf
0 Komentar untuk "Saya tidak yakin Bajet 2016 akan berjaya ditolak - Kit Siang"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI