PAS Akan Tetap Lawan Umno - Tuan Ibrahim - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

PAS Akan Tetap Lawan Umno - Tuan Ibrahim

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengulangi pendirian parti itu untuk terus menentang Umno dan meminta semua pihak supaya tidak memfitnah parti itu.

"Cukuplah dengan pelbagai tuduhan bahawa PAS mahu bersama Umno," tegasnya menerusi laman sosial Facebook pada Khamis.

Beliau berkata, PAS masih memperjuangkan penubuhan negara berasaskan nilai Islam yang murni dan akan terus memberi teguran, nasihat dan memperlbagaikan usaha untuk rakyat dan negara.

"Bagi PAS, tiada niat untuk mendapatkan kuasa. Ia hanya alat untuk mencapai matlamat bagi membentuk negara Islam," katanya.

0 Komentar untuk "PAS Akan Tetap Lawan Umno - Tuan Ibrahim"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI