Nik Abduh sifatkan Bajet 2016 sebagai 'bajet jaga BN dan Najib' - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Nik Abduh sifatkan Bajet 2016 sebagai 'bajet jaga BN dan Najib'

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz hari ini menyifatkan Bajet 2016 sebagai bajet yang menjaga kerajaan Barisan Nasional (BN) serta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun katanya, Najib selaku Perdana Menteri berperanan penting dalam menjaga kebajikan rakyat Malaysia menerusi bajet yang dibentangkan.

"Memang semua bajet jaga pihak kerajaan, bajet antara unsur utama pihak kerajaan ialah jaga parti mereka. Jaga parti mereka, termasuk Datuk Seri Najib.

"Saya setuju bahawa bajet ini mejaga Datuk Seri Najib, tetapi dia juga menjaga rakyat Malaysia. Oleh kerana ada beberapa unsur yang tidak elok maka kita kritik bajet ini dan ahli-ahli kita (PAS) termasuk Presiden (Abdul Hadi Awang) dan yang lain telah memberi pendapat dan cadangan-cadangan kita yang boleh diterima oleh rakyat Malaysia," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Pada masa sama, Nik Abduh mahu BN supaya tidak menganggap parti-parti pembangkang sebagai musuh, tetapi sebaliknya menerima cadangan dengan terbuka demi kemajuan negara.

"Tidak kiralah rasmi atau tidak rasmi, janji kerajaan panggil kita (untuk berbincang). Kita nak bagi sumbangan kepada rakyat Malaysia.

"Sebelum ini PAS sentiasa terpinggir sebab dianggap musuh. Kalau kerajaan (BN) hendak berubah, dia mesti panggil pembangkang PAS, PKR, DAP ini duduk bincang sekali isu-isu yang berkait dengan negara," tegas Nik Abduh.

Dalam pada itu, beliau turut menafikan kononnya wujud usaha untuk PAS menjalin kerjasama politik dengan BN.

Tegas beliau, PAS yang kekal sebagai pembangkang akan terus memberi cadangan dalam penambahbaikan kepada kepimpinan negara.

"Ya, kita membuat pendirian untuk berkecuali. Kita mengkritik beberapa perkara besar dalam bajet tersebut dan kita juga sokong beberapa perkara baru yang dibawa oleh kerajaan.

"Jadi kita tidak sokong kerana ada banyak perkara yang kita bangkang, tetapi kita tidak tolak sebab ada banyak asas dibuat untuk tolong rakyat.
"Kita sudah sebut banyak perkara dalam bahas (di Dewan Rakyat). Sekarang tengah bincang dan kita akan terus membuat penambahbaikan dalam bajet ini," katanya.

Semalam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS akan mengambil langkah berkecuali serta tidak akan menyokong usul penolakan Bajet 2016.

Memetik laporan Sinar Harian pada Ahad, kesemua Ahli Parlimen PAS juga telah sebulat suara bersetuju untuk tidak menyertai usul itu.

0 Komentar untuk "Nik Abduh sifatkan Bajet 2016 sebagai 'bajet jaga BN dan Najib'"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI