Baju Merah Tolak Perhimpunan Bersih 4.0 - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Baju Merah Tolak Perhimpunan Bersih 4.0

KUALA LUMPUR: Himpunan 'Baju Merah' pada Rabu menolak sekeras-kerasnya penganjuran perhimpunan Bersih 4.0 yang diadakan pada 29 dan 30 Ogos lalu.

Penganjur utama, Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata, Malaysia sebagai sebuah negara yang bebas dan merdeka maka semua rakyat perlu menghormati rukun negara.

Bagaimanapun beliau yang juga Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) berkata, penganjuran himpunan Bersih 4.0. tidak mencerminkan penghormatan terhadap rukun negara.

"Tetapi semua ini telah dinodai oleh gerakan yang dinamakan Bersih. Bukan satu kali, tetapi mereka mengulangi yang kedua dan ketiga. Ini bagi keempat, kita tak boleh tahan lagi.

"Mereka menghina rukun negara, mereka menghina perlembagaan negara. Ini semua dilarang oleh semua agama.

"Kita bantah Bersih 1, 2, 3 dan 4. Mereka menghina pemimpin kita, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. PM untuk semua bangsa, agama dan seluruh rakyat Malaysia. Beliau (Najib) dipilih secara demokrasi menerusi peti undi. Kita tolak Bersih sekeras-kerasnya," katanya ketika berucap di hadapan ribuan peserta 'baju merah' di Padang Merbok di sini, Rabu.

Beliau merujuk kepada tindakan peserta Bersih 4.0 yang memijak gambar Najib termasuk gambar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mohd Ali turut mempersoalkan tindakan Bersih 4.0 yang mengadakan perhimpunan baru-baru ini untuk menggulingkan kerajaan.

"Bolehkah kita lakukan sedemikian? Tidak boleh kerana negara kita demokrasi. Mesti mengikut undang-undang dan pilih kerajaan menerusi peti undi.

"Tengoklah apa yang berlaku di Iraq, Yaman dan sekarang Syria, rakyatnya lari bertaburan ke Eropah, sanggup bertarung nyawa di tengah laut. Adakah kita sanggup ia berlaku di Malaysia?," katanya sambil menyeru semua rakyat memelihara dan kestabilan negara.

Mengenai himpunan pada Rabu, Mohd Ali berkata, ia diadakan secara aman bagi menyeru perpaduan orang Melayu.

"Hari ini kita berhimpun secara aman bagi menunjukkan solidariti terhadap keamanan negara.

"Kita hidup dengan aman, makmur dan selamat. Negara yang bebas dan merdeka," katanya.

0 Komentar untuk "Baju Merah Tolak Perhimpunan Bersih 4.0"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI