Tangguh Himpunan Bersih 4.0 Demi Rakyat Malaysia - Rahman Dahlan - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Tangguh Himpunan Bersih 4.0 Demi Rakyat Malaysia - Rahman Dahlan

PETALING JAYA: Datuk Abdul Rahman Dahlan mengkritik Bersih 4.0 kerana mengadakan perhimpunan di saat kelembapan ekonomi global ketika ini.

Beliau menggesa supaya perhimpunan itu ditangguhkan kerana ia hanya akan memberikan keburukan berbanding kebaikan terutama antara tujuan Bersih adalah untuk 'menyelamatkan' ekonomi.

"Terima kasih kerana membuatkannya menjadi lebih buruk untuk semua," kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu di twitternya @mpkotabelud pada Rabu.

"Kita sedang berhadapan dengan krisis ekonomi global dan jelas penganjur #Bersih4 tidak kisah mengenai kepentingan rakyat Malaysia," kata Abdul Rahman, yang merupakan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, perhimpunan itu diadakan pada waktu yang tidak sesuai sambil mengatakan bahawa rakyat Malaysia kehilangan "berbilion dan kerja" dan menggesa penganjur bertanggungjawab serta menangguhkannya supaya tidak memburukkan lagi keadaan ekonomi.

Tambahnya, 'mangsa segera' bagi demonstrasi Bersih 4.0 adalah ekonomi, kemudiannya memberi kesan kepada rakyat Malaysia dan ahli politik.

"#Bersih4 sepatutnya bijak. Inilah masa untuk bertenang dalam kelembapan ekonomi global, walaupun hanya dalam beberapa minggu," katanya.

Polis mengisytiharkan perhimpunan Bersih 4.0 yang dirancang diadakan pada hujung minggu ini adalah perhimpunan haram kerana penganjur gagal memenuhi syarat notis kepada pihak polis.

Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah menegaskan bahawa perhimpunan yang diadakan pada 29 dan 30 April ini akan diteruskan seperti yang dirancang.

0 Komentar untuk "Tangguh Himpunan Bersih 4.0 Demi Rakyat Malaysia - Rahman Dahlan"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI