Kes saman Khalid selesai, Saifuddin mohon maaf - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Kes saman Khalid selesai, Saifuddin mohon maaf



SHAH ALAM - Saman bekas Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung pengedaran dokumen laporan Keputusan Menggantikan Menteri Besar Selangor selesai selepas menerima permohonan maaf bekas Setiausaha Agong PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Saifuddin selaku defendan membacakan permohonan maaf itu di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam M Gunalan sebentar tadi.

Khalid turut membacakan kenyataan penerimaan plaintif yang menerima permohonan yang dibuat Saifuddin.

Khalid memfailkan saman itu terhadap Saifuddin berdasarkan kapasiti peribadi dan jawatan Setiausaha Agong PKR.

Saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 18 Ogos tahun lalu berhubung pengedaran dokumen laporan Keputusan Menggantikan Menteri Besar Selangor, bertarikh 4 Ogos 2014 yang didakwa memfitnahnya.

Dokumen itu didakwa dikeluarkan sebagai salah satu usaha PKR untuk menjatuhkan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor ketika itu yang mengaitkan beliau dengan penyelesaian hutang Bank Islam.

Khalid diwakili Edmund Bon manakala Wiliam Leong yang juga Ahli Parlimen Selayang dari PKR mewakili Pengarah Pilihan Raya PKR itu.

Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba jam 8.50 pagi diiringi pegawai penjara untuk memberi keterangan sebagai saksi bagi kes tersebut yang telah ditetapkan untuk perbicaraan bermula hari ini.

Turut hadir, keluarga  Anwar, Naib Presiden, Tian Chua, Rafizi Ramli, Penasihat DAP, Lim Kit Siang,  bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifi Ahmad dan Adun Sementa, Dr Daroyah Alwi.

0 Komentar untuk "Kes saman Khalid selesai, Saifuddin mohon maaf"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI