1MDB wujudkan ruang ekonomi baharu - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

1MDB wujudkan ruang ekonomi baharu



KUALA LUMPUR - Kewujudan syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi mewujudkan ruang ekonomi baharu kepada negara.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, sebelum ini setiap kali menghadapi PRU, parti memerlukan bantuan daripada sektor korporat tertentu.

"Tetapi setiap bantuan yang diberikan, semestinya akan dituntut mereka kembali dalam bentuk projek baharu oleh pemberi sumbangan.

"Sebab itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mewujudkan 1MDB bagi mengatasi masalah ini, jika tidak hanya dari kumpulan sama saja, termasuk kepada keluarga tertentu.

"Jadi, bagaimana dengan nasib usahawan tempatan lain untuk melakukan perniagaan," katanya ketika perjumpaan dengan pengamal media semalam.

Mengulas lanjut katanya, Najib menyedari perkara ini hinggakan beliau telah membuat keputusan mewujudkan 1MDB.

"Adakah sanggup legasi lama terus kuasai ekonomi, di mana yang kaya bertambah kaya.  Jadi Najib melihat keperluan ini," katanya.

0 Komentar untuk "1MDB wujudkan ruang ekonomi baharu"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI