Jawatan PM, Presiden Umno Perlu Sokongan Kuat Untuk Negara Terus Maju - Najib - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Jawatan PM, Presiden Umno Perlu Sokongan Kuat Untuk Negara Terus Maju - Najib

GERIK: Jawatan Perdana Menteri dan Presiden Umno perlu sokongan kuat untuk negara terus kukuh dan berjaya, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri yang juga Presiden Umno berkata kedua-dua institusi itu memerlukan sokongan rakyat terutama anggota Umno supaya ia dihormati dan disegani, dan bukan atas kapasiti peribadi.

"Perdana Menteri dan Presiden Umno hanya kuat jika ahli Umno beri sokongan penuh," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Gerik di Dewan Serbaguna Gerik di sini, Ahad.

Najib berkata beliau sentiasa bersedia menerima teguran dalam mentadbir negara dan parti tetapi teguran itu perlu dibuat secara beradab.

0 Komentar untuk "Jawatan PM, Presiden Umno Perlu Sokongan Kuat Untuk Negara Terus Maju - Najib"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI