Tiada Tanda 'Dalang' Mahu Guling Kerajaan Jumpa PM - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Tiada Tanda 'Dalang' Mahu Guling Kerajaan Jumpa PM

KUALA LUMPUR: Tidak ada apa-apa tanda pelawat di kediaman peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Duta pada petang Ahad.

Perdana Menteri tiba di kediaman beliau di Jalan Duta itu  kira-kira pukul 7.50 malam Ahad selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Gerik.

Pihak media diberitahu bahawa tiada pelawat dijangka sepanjang malam ini.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemimpin Umno yang dikatakan telah merancang untuk menggulingkan kerajaan, akan bertemu Najib petang ini.

Ahmad Zahid berkata, pemimpin berkenaan telah sedar akan kesalahannya.

Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menafikan menjadi sebahagian daripada konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan.

0 Komentar untuk "Tiada Tanda 'Dalang' Mahu Guling Kerajaan Jumpa PM"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI