Berita Kematian Palsu Boleh Buat Orang Hilang Semangat- Freddie Fernandez - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Berita Kematian Palsu Boleh Buat Orang Hilang Semangat- Freddie Fernandez



PETALING JAYA: Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez menyifatkan khabar angin palsu mengenai berita kematian seseorang selebriti yang masih hidup di laman sosial internet adalah budaya siber tidak sihat yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Freddie berkata, ini termasuklah fitnah mengenai isu 'kematian' penyanyi Hazami dan pelawak veteran, Pak Pie yang membuatkan hampir seluruh masyarakat di negara ini mempercayai berita palsu berkenaan pada minggu lalu.

"Saya lihat, semakin menjadi-jadi individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita kematian palsu di internet.

"Kenapa perlu 'matikan' seseorang ikut suka hati? Bagi saya, ia satu perkara yang tidak bermoral lebih-lebih lagi apabila mereka sengaja menggembar-gemburkan bagi meningkatkan jumlah pembaca," katanya kepada mStar Online.

Freddie berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai trend berita 'kematian' palsu selebriti yang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.

Dalam pada itu, Freddie berkata, walaupun berita berkenaan sekadar informasi palsu, tetapi ia boleh menjejaskan kehidupan seseorang secara tidak langsung daripada pelbagai sudut.

Hazami.

"Bayangkan, ketika seseorang itu sakit dan sedang bergelut untuk kembali sihat, berita kematian seperti itu akan melemahkan lagi semangat mereka.

"Silap-silap individu berkenaan bertambah sakit gara-gara mengenangkan berita kematian yang disebarkan itu. Tolonglah berhenti memfitnah dan bagi golongan yang membaca, jangan sebarkan berita tersebut sekiranya ia tidak sahih.

"Kasihani juga keluarga mangsa yang 'dimatikan' itu kerana mereka juga pasti risau dengan berita seperti itu," tegasnya.

Pada minggu lalu, dunia seni hiburan tempatan dikejutkan dengan berita 'kematian' penyanyi Hazami  mengidap penyakit Diverticular (komplikasi berkaitan usus).

Berita tersebut membuatkan Hazami berasa terganggu lebih-lebih lagi dia menerima panggilan daripada beberapa pihak yang ingin mengetahui kesahihan berita itu.

Kemudian, viral mengenai 'kematian' pelawak veteran, Pak Pie atau nama sebenarnya Shafiee Jaafar, 81, yang sedang dirawat di Hospital Kepala Batas pula menjadi bualan ramai.

0 Komentar untuk "Berita Kematian Palsu Boleh Buat Orang Hilang Semangat- Freddie Fernandez"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI