1MDB Ganda Usaha Laksana Pelan Rasionalisasi - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

1MDB Ganda Usaha Laksana Pelan Rasionalisasi

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berkata syarikat akan terus menggandakan usaha dengan pelan rasionalisasinya untuk menstabilkan syarikat.

1MDB berkata, ia akan mengambil langkah-langkah untuk memenuhi obligasi hutang dan melaksanakan projek-projek terasnya, iaitu Tun Razak Exchange (TRX), Bandar Malaysia dan Edra Energy Bhd.

Dalam satu kenyataan, Ahad, 1MDB berkata, syarikat itu tidak akan terganggu oleh cabaran provokatif anggota Parlimen Tony Pua untuk berdialog secara terbuka kerana ia bukan forum yang sesuai untuk menegakkan kebenaran.

Syarikat itu berkata adalah jelas Pua cuba menjejaskan pelbagai siasatan yang sedang dijalankan ke atas 1MDB melalui cabaran itu.

"1MDB mengakui bahawa Pua membangkitkan soalan yang sah. Kami memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa pihak berkuasa yang sah menyiasat 1MDB telah bertanya soalan yang sama, dan banyak lagi.

"Demi ketelusan, keadilan dan proses yang sewajarnya, Arul Kanda telah  secara terbuka menyatakan bahawa 'bagi saya, apa yang penting ialah siasatan mesti diteruskan, kebenaran dan fakta-fakta perlu didedahkan kepada umum oleh  penyiasat bebas," kata 1MDB.-- Bernama

0 Komentar untuk "1MDB Ganda Usaha Laksana Pelan Rasionalisasi"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI