Kronologi Perlanggaran janji Tahaluf Siyasi oleh PAS - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Kronologi Perlanggaran janji Tahaluf Siyasi oleh PAS

[ Fiqh Siyasi 19 ]

[ KRONOLOGI PERLANGGARAN JANJI TAHALUF SIYASI OLEH PAS ]

NOTA awal:
Tulisan ini bertujuan utk pencerahan [Al-Maidah ayat 8] pada "emosi luar kawalan" sbhgn besar ahli PAS yg bersungguh mengungkapkan DAP tak hormati PAS/Presiden PAS sehingga dijadikan topik "DAP bashing" dlm muktamar pelbagai peringkat baru ini.



PERTAMANYA,
ALLAH mengingatkan utk berlaku 'adil pada sesiapa sahaja (walau musuh);

ÙŠَا Ø£َÙŠُّÙ‡َا الَّØ°ِينَ آمَÙ†ُوا Ùƒُونُوا Ù‚َÙˆَّامِينَ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ Ø´ُÙ‡َدَاءَ بِالْÙ‚ِسْØ·ِ ۖ ÙˆَÙ„َا ÙŠَجْرِÙ…َÙ†َّÙƒُÙ…ْ Ø´َÙ†َآنُ Ù‚َÙˆْÙ…ٍ عَÙ„َÙ‰ٰ Ø£َÙ„َّا تَعْدِÙ„ُوا ۚ اعْدِÙ„ُوا Ù‡ُÙˆَ Ø£َÙ‚ْرَبُ Ù„ِلتَّÙ‚ْÙˆَÙ‰ٰ ۖ ÙˆَاتَّÙ‚ُوا اللَّÙ‡َ ۚ Ø¥ِÙ†َّ اللَّÙ‡َ Ø®َبِيرٌ بِÙ…َا تَعْÙ…َÙ„ُونَ

Orang beriman wajiblah;

[1] Menjadi org yg menegakkan keadilan kerana Allah dgn "menerangkan kebenaran"
[2] Janganlah sesekali berlaku tidak ‘adil (zalim) terhadap musuh (atau bukan kumpulan kita).
[3] Keadilan adalah sifat org bertaqwa.

Di posting lepas, saya hanya kemukakan SATU CONTOH perlanggaran kuasa Presiden yg tidak ikut pada perlembagaan PAS, yg membawa mudharat begitu besar buat PAS, hingga kesannya PAS secara teknikal telah pun terputus hubungan dgn Pakatan Rakyat. Ia hanya disebabkan sifat tergopoh-gapah Dewan Ulamak yg cuba menjadikan muktamar sbg medan menyerang DAP.

Hingga kini saya masih terkejut dgn kenyataan Dewan Ulamak;
"Kami hanya nak gempar-gempar sahaja utk putuskan hubungan dgn DAP, bukan sungguh untuk putuskan".

Baru buat satu teguran, dah berduyun serangan peribadi pelbagai pihak saya terima, yg tidak dapat menerima bahawa Presiden PAS telah melakukan kesalahan besar dalam jamaah. Seolahnya kedudukan ketua kesayangan jamaah kita itu mestilah suci dari kesalahan sedemikian.

[Moga Allah ampunkan kita semua serta Tuan Guru kita Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang]

Ramai juga marah sebab saya perincikan segalanya dlm bentuk tulisan. iAllah saya ada jawapan ,mengapa perlu saya lakukan sedemikian).

1. Tujuan penafian kesalahan tersebut, tidak lain untuk mahu terus melemparkan kesalahan itu hanya pada pihak luar, DAP atau PKR itu sahaja, dgn tujuan membersihkan PAS dari segala keburukan tersebut. Maka disebut dan diulang-ulang, Presiden PAS terpaksa bertindak balas termasuk "memutuskan hubungan dgn DAP" pada kesalalahan yg mereka lakukan demi menjaga maruah PAS.

2. Itulah contohnya doktrin “salah faham walak” yg di "indoktinasi"kan melalui system tarbiyyah PAS yg sedang membinasakan gerakan Islam. Bahkan menjadi FITNAH buat Islam itu sendiri.

3. Ramai menuduh DAP/PKR sbg pengkhianat, tidak hormat pada PAS dan Presiden PAS. Namun mereka disumbat utk mendiamkan diri, bahkan menyorokkan sebarang perlanggaran janji oleh PAS pada Pakatan Rakyat itu pula.

4. Prinsip plg utama dlm perjanjian adalah ‘aqad, atau janji sesebuah ikatan. Ramai kalangan PAS meremehkan asas tersebut, dgn alasan,sebagai kumpulan Islam, “tahaluf itu bukanlah suatu yg kekal”.

5. Ya benar, tahaluf bukan suatu yg kekal. Ia adalah ketetapan bersyarat yg diteruskan selama masih menguntungkan Islam. Majlis Syura Ulamak (MSU) PAS menyenaraikan paling kurang 6 syarat perjanjian itu.

6. Namun, hakikatnya, walau remeh bagaimana sekalipun, selama sesuatu perjanjian itu masih lagi effektif tanpa sebarang pembatalan atau pembubaran, maka selama itulah adab dan disiplin dlm berjanji WAJIB dipegang.

Rasulullah SAW menyebut;
“Seseorang mukmin (adalah mereka) yg berpegang pada janji mereka”.

7. Lalu disebabkan perjanjian tahaaluf itu melibatkan 3 pihak, maka mana-mana sahaja pihak yg mahu membatal atau menukar apa2 sahaja persetujuan dan janji itu, wajiblah membincangkannya semula dgn lagi dua pihak yg berjanji. HARAM hukumnya suatu pihak membatalkan sesuatu perjanjian secara bersendirian, atas apa alasan sekalipun.

ITULAH konsep perjanjian dalam ISLAM.

Sekarang saya akan bawakan "antara punca asas" perlanggaran janji / kesalahan besar oleh PAS hanya dlm contoh krisis Menteri Besar Selangor tahun lepas. Bagi saya, inilah antara punca plg awal PAS "kehilangan trust" atau keyakinan yg begitu dahsyat dari rakyat, ahli sendiri, bahkan dari bangsa dan agama lain, mudharat hingga ke hari ini.

Antaranya;
[ Kes MB Selangor sahaja ];

[a] Seawal 2012 lagi, PAS dan DAP melihat kegagalan Khalid Ibrahim (TSKI) sbg Menteri Besar yg membawa aspirasi Pakatan Rakyat Selangor. Maka atas persetujuan JK Kerja PAS Pusat, satu surat telah dihantar kepada PKR mendesak diturunkan segera TSKI dari jawatan MB, demi menyelamatkan masa depan PR di Selangor. Pointnya, desakan paling kuat untuk digugurkan TSKI dari MB datang dari PAS dan DAP. Bukan idea asal PKR.

[b] Awal 2014, selepas terdapat bukti serious melibatkan TSKI, PKR menggerakkan “Kajang Move”, dan mendapat persetujuan kesemua parti utk sama-sama membantu dlm PRK tersebut. Secara dasar PAS bersetuju bersama membantu PRK Kajang tersebut, tetapi ramai dalaman PAS (khasnya dari Terengganu) dibiarkan memboikot PRK tersebut tanpa teguran oleh Presiden PAS.

[c] Selepas kegagalan Kajang Move, PKR melakukan pendedahan kes moral TSKI berkaitan penjualan tanah ratusan juta kepada Tropicana ketika pembubaran Parliman PRU13, yg disusuli pembatalan hutang peribadi 70 juta oleh Bank Islam. Tidak semena-mena, ia disusuli dgn TSKI bersetuju meneruskan projek “Langat 2” yg dah 6 tahun ditentang oleh Pakatan Rakyat dan TSKI sendiri. Itu semua sebab yg jelas utk PKR menukar MB pada masa itu. Ironinya, PAS tanpa diduga mengambil langkah mempertahankan pula kepimpinan TSKI tersebut dgn pelbagai alasan.

[d] 24 Julai 2014, dlm mesyuarat Majlis Presiden PR yg Presiden PAS putuskan untuk tidak hadir (diwakilkan), ketetapan bersama PAS & DAP utk membawa cadangan rasmi PKR utk pertukaran MB tersebut ke parti masing-masing, dan akan menyatakan keputusan 10 Ogos 2014(dan ditukar kepada 17 Ogos 2014). Itulah keputusan bersama PR hari tersebut.

[e] Tidak sampai 24 jam, Presiden PAS sendiri membuat keputusan unilateral menolak keputusan mesyuarat yg beliau tidak hadir tersebut, dgn menyatakan PAS akan terus mempertahankan kepimpinan TSKI sbg MB Selangor, tanpa menunggu keputusan mesyuarat JK PAS Pusat pada 17 Ogos 2014 tersebut (pengumuman selepas Kuliah Jumaat di Rusila).

[f] Hari kelima Syawal 2014, Presiden PAS berjumpa terus dgn Tuanku Sultan Selangor, dan kemudiannya Presiden PAS mengeluarkan kenyataan bersendirian menolak pencalonan yg dipersetujui PKR/DAP melantik Dato’ Seri Wan Aziah (DSWA) sbg MB Selangor. Alasan yg diulang-ulangkan adalah, disebabkan beliau seorg wanita.

[g] 17 Ogos 2014, sebaik memulakan Mesyuarat JK Kerja PAS Pusat, Presiden PAS mengejutkan semua, apabila beliau sendiri mencadangkan dua nama, DSWA dan Azmin Ali sbg calon pengganti MB. Cadangan TGHA disokong 100% AJK PAS Pusat. Juga dlm kenyataan media diulangi sekali lagi bahawa kerusi MB Selangor adalah milik PKR, dan PAS tidak akan mengmbilnya.

[h] 17 Ogos 2014, 6:30 petang, di Empire Hotel Subang Jaya, berlaku satu mesyuarat Majlis Presiden yg melegakan semua pihak (termasuk menggembirakan ratusan pemberita yg bertepuk tangan), iaitu satu sahaja nama dipersetujui bersama oleh PKR, PAS dan DAP, iaitu DSWA sbg pengganti MB Selangor, selepas Azmin Ali menolak pencalonan bagi menghormati pendirian PKR.

[i] 22 Ogos 2014, tanpa disangka, Presiden PAS sendiri secara diam mengajak Azmin Ali “melompat” ke dalam PAS bersama beberapa ADUN lain, untuk membantu PAS membentuk "kerajaan baru" dgn Azmin dinamakan sbg MB yg baru. Semua pihak "speechless" dgn pendedahan Azmin. Ia akhirnya terpaksa diakui sendiri oleh Presiden PAS dlm mesyurat JK PAS Pusat pada 25 Ogos 2014.

[j] 25 Ogos 2014, teguran dibuat oleh JK Kerja PAS Pusat atas perlanggaran janji oleh Presiden PAS tersebut, dan PAS secara collective mengulangi pendirian asal PAS yg diputuskan pada 17 Ogos 2014 sebelum itu.

[k] Selepas buntu disebabkan Presiden PAS masih tidak benarkan Surat Persetujuan 3-parti diserahkan kepada istana, maka Tuanku Sultan menitahkan pula setiap parti menamakan plg kurang 3 nama untuk nilaian istana.

[l] Pada awal September 2014, Presiden PAS lagi sekali melanggar terma asas perjanjian PAS dgn PKR/DAP, apabila menyerahkan kesemua 3 calon ADUN dari PAS sbg calon MB kepada istana. Ini bererti PAS mengkhianati janji oleh PAS sendiri sama ada dlm bentuk pertuturan, tulisan dan kefahaman yg telah lama terbentuk di dalam PR Selangor, bahawa, Selangor diserahkan pada PKR untuk memegang MB.

[m] Selepas tekanan dalaman parti dan Setiausaha Agung PAS sendiri, selang sehari selepas itu, Presiden menukarkan 2 cadangan nama ADUN PAS tersebut dgn memasukkan dua nama ADUN lain dari PKR yg tidak pernah dipersetujui dlm mesyuarat JK PAS Pusat, tapi, mengekalkan nama Iskandar Samad sbg calon MB Selangor daripada PAS.

[n] Sepanjang hampir dua bulan krisis MB Selangor itu berjalan, sehinggalah perlantikan YB Tuan Mohamed Azmin Ali Bin Ali sbg MB pilihan istana pada 22 September 2014, PAS menerima kritikan dan serangan hebat dari ahli politik dan rakyat, termasuklah dari golongan bukan Islam atas pelbagai tindakan pengkhianatan dan perlanggaran janji yg jelas dilakukan dgn mengenepikan langsung keputusan dalaman parti dan juga keputusan bersama Majlis Presiden PR.

Ikhwah akhawat;

Itu adalah sebahagian kronologi ringkas punca pelbagai siri salahguna kuasa dalaman parti, dan tindakan sendirian Presiden PAS melanggar keputusan “syura JK PAS Pusat” dan “syura Majlis Preaiden PR”. Maka itulah punca besar PAS menerima ujian FITNAH besar pada masa ini sampai memberikan gambar sgt buruk rakyat pada Islam.

ADIL kah utk kita "hanya menyerang DAP / PKR" yg dikatakan mengkhianati perjanjian bersama PAS, PKR, DAP?

Dan satu lagi lagi rentetan peristiwa yg telah berlaku adalah;

Tanpa diduga;
Majlis Syura Ulamak (MSU) PAS pada 7 September 2014, selepas pelbagai serangan luar, dan teguran, kritikan dalaman dilontarkan pada sikap Presiden PAS tersebut, demi memelihara maruah Presiden PAS, MSU telah membuat keputusan yg sgt mengejutkan, iaitu;

“Presiden PAS mempunyai kuasa pemutus dalam apa jua urusan parti”, atau dalam huraian lain menyatakan bahawa TGHA selaku Presiden PAS berhak membuat keputusan bersendirian, atau membatalkan apa sahaja keputusan bersendirian yg telah dibuat oleh PAS tanpa boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

Dan secara langsung membebaskan Presiden PAS dari apa jua kesalahan organisasi yg telah berlarutan selama lebih sebelan sebelum, termasuk perlanggaran janji Pakatan Rakyat yg sudah berlaku.

Nota;

[ Infrographik di atas membezakan walak atau kepatuhan pada ketua dlm berjamaah, berbanding dgn perjanjian dgn pihak luar yg hanya diikat oleh ‘aqad. Kecelaruan timbul apabila elemen berjamaah (dlm gerakan Islam) tersebut cuba dipaksakan ke pada pihak luar yg langsung tidak ada keterikatan dgn jamaah PAS ]

8. Sejak tarikh keputusan MSU memberikan “kuasa veto” pada Presiden PAS itu, kocakan dan serangan balas antara ketiga-tiga parti berlarutan di luar kawalan mana-mana pihak. Media UMNO benar-benar gembira dan melaksanakan tugas mereka dgn lancar sekali atas segala krisis dalam an PR tersebut.

9. Presiden PAS pada 20 September 2014, dalam penggulungan Muktamar PAS ke-60 di Batu Pahat, dalam nada yg sgt marah, memilih untuk melemparkan kata-kata cela “broker dan barua” yg disambut gembira oleh para penyokong yg sgt ta’aasub.

Itu baru sahaja isu krisis keyakinan dan pengkhianatan dalam isu MB Selangor.

10. Saya tidak berhajat membicarakan kes pengkhiatan PAS apabila menantu Presiden PAS sendiri, Zaharuddin Muhammad berpakat dgn Presiden PAS untuk meletakkan sahabat baik Zaharuddin sbg calon PAS di Kota Damansara dgn menolak calon PKR. Perkara yg sama berlaku di Sungai Acheh, Pualau Pinang. PR mengalami kekalahan pada dua seats tersebut kepada UMNO

Ikhwah akhawat;

11. Saya tegaskan, isu perlanggaran dan pengkhiantan janji dalam “bertahaaluf” tidak pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW dalam 16 perjanjian yg beliau meterai. Namun apabila ianya dilakukan oleh Presiden PAS, bangkitlah para ustaz-ustaz muda PAS, Dewan Ulamak, MSU etc pakat mencari pelbagai dalil dan nas untuk membenarkan segala bentuk kesalahan dan pengkhianat tersebut, demi menjaga maruah dan airmuka seorg ulamak yg dikasihi, dan hormati tersebut.

Itulah yg disebut Nabi;


Aku bertanya wahai Rasulullah;
"Apakah maksud 'asobiyyah wahai Rasulullah?"
Jawab Nabi;"Engkau menolong saudara engkau di atas perkara zalim".

Dan balasan pada 'asobiyyah adalah jelas;
"Sesiapa yg berperang di bawah rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada ‘asobiyyah atau marah kerana ‘asobiyyah, maka kematiannya adalah jahiliyyah”.

12. Dan yg lebih jelas; segala lemparan nista dan label buruk diberikan kepada semua pihak yg menegur kesalahan Presiden PAS tersebut, antaranya dianggap tidak walak, berqiblatkan dan beriman PR, pengkhianat jamaah sendiri, dan sebagainya, adalah satu usaha “kempen sungguh buruk” dalam muktamar lepas oleh sebahagian besar AJK chai PAS yg baru memenangi jawatan tersebut.

13. Dan natijahnya adalah, terlaksana dan berjayanya matlamat indoktrinasi yg sebegitu lama dalam PAS untuk membuang segala pimpinan yg dikatakan pengkhianat jamaah [ istilah Presiden PAS = golongan tolol ] dari terus menerajui kepimpinan PAS dalam muktamar minggu lepas.

Wallahu 'alam

0 Komentar untuk "Kronologi Perlanggaran janji Tahaluf Siyasi oleh PAS"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI