Hadi Ketinggalan - Suhaizan - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Hadi Ketinggalan - Suhaizan

PETALING JAYA: Pemimpin progresif PAS yang tewas pada pemilihan awal bulan ini yakin parti politik baharu yang bakal ditubuhkan untuk menggantikan PAS dalam pembentukan Pakatan 2.0 tidak akan 'tenggelam'.

Setiausaha G18, Suhaizan Kayat menyifatkan, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agak ketinggalan apabila memberi peringatan bahawa ahli dan pemimpin parti Islam baharu itu akan 'tenggelam' apabila ia ditubuhkan.

"Zaman sekarang sudah berubah. Lanskap politik sudah bertukar. Apa yang bakal ditubuhkan G18 ini berbeza dengan sejarah lama.

"G18 bukan dibentuk atas inisiatif satu dua pemimpin serpihan PAS. Ia sebaliknya adalah gerakan rakyat, hasil sokongan rakyat," katanya kepada mStar Online.

Sebelum ini Hadi memberi amaran bahawa pemimpin dan ahli PAS yang menyertai parti dan pertubuhan lain akan 'tenggelam' bersama parti baharu itu.

Kenyataan Hadi disokong Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang mengatakan bahawa sejarah membuktikan penubuhan parti serpihan PAS tidak mampu bertahan lama.

Mohd Amar menamakan Parti Melayu Semangat 46 dan Parti Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim) sebagai contoh.

Mengulas lanjut, Suhaizan yang gagal mempertahankan jawatan Ketua Pemuda PAS Pusat bagaimanapun menolak amaran dan peringatan Hadi.

"G18 berbeza dengan Hamim mahupun parti Berjasa (Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia). Parti-parti itu ditubuhkan oleh bekas pemimpin PAS yang mahu bergerak sendiri.

"Bezanya G18 bukan ditubuhkan oleh pemimpin, walaupun yang mengetuainya adalah bekas pimpinan PAS tapi hakikatnya ia didorong oleh sokongan rakyat, bukan sahaja ahli PAS," katanya.

Jelas Suhaizan lagi, G18 kini giat mengadakan pertemuan dengan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendokong perjuangan Islam seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia (JIM).

G18 diketuai bekas Timbalan Presiden PAS yang kalah, Mohamad Sabu. - Mstar

0 Komentar untuk "Hadi Ketinggalan - Suhaizan"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI