DAP....apa moral anda? SIRI 1 - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

DAP....apa moral anda? SIRI 1

Dulunya DAP dikenali sebagai partai chaunis,perkauman Cina ,ada "bau bacang "pengaruh Komunis dan juga kembar Parti Tindakan Rakyat(PAP) Singapura.Sekian lama juga label itu dikenali dikalangan rakyat Malaysia terutama Melayu.

Walaupun DAP cuba tonjolkan orang Melayu dalam partinya menerusi calon pilihanraya seperti Ahmad ton tetapi ianya kuat untuk mempengaruhi pengundi Melayu Islam.

Selepas menyedari taktik itu gagal,maka pimpinan DAP mencuba dengan cara yang lain iaitu bersahabat dengan parti pimpinan Melayu.Percubaan pertama dengan Parti S46 pimpinan Tengku Razalegh.Ketika itu hubungan dengan PAS umpama hubungan Malaysia-Singapura-Israel.

Barisan Alternatif adalah hubungan pertama PAS secara rasmi dengan DAP.Tetapi tidak lama sehingga tahun 2000 kerana DAP bantah isu Negara Islam yang dibawa oleh PAS.

Apabila Anwar bebas dari penjara era Pak Lah,menerusi usaha diplomatik Anwar,DAP kembali bergabung dengan PAS dan PKR dengan nama Pakatan Rakyat dengan slogan longgar," Bersetuju untuk tidak bersetuju".

Bermula tahun 2008,iklim politik Malaysia ceria kembali dengan kemenangan DAP di Pulau Pinang,PKR di Selangor dan PAS di Kedah dan kekal di Kelantan.Keuntungan DAP berkawan dengan PAS ialah dapat undi dari Melayu Islam dan menarik ramai Melayu sertai DAP tanpa ragu-ragu lagi.Orang Melayu senang hati mengundi DAP kerana PAS bersama DAP.

Bagi PAS pula,berkawan dengan DAP secara langsung medan dakwah dapat diperluaskan lagi.Bagi PAS yang penting masyarakat non Muslim dapat memahami Islam secara dekat dan tidak anggap Islam sebagai keras dan ganas.Juga kesempatan itu PAS dapat wujudkan Dewan Penyokong PAS khas untuk non muslim.

DAP dapat faedah bersahabat dengan PAS dan PAS dapat manfaat berkawan dengan DAP.Sama-sama untung.

Tetapi langit tidak selalunya cerah.Awan mendung mula berarak saat beberapa peristiwa terjadi iaitu :
1) Langkah PAS mahu ketengahkan hudud untuk muslim di Kelantan.
2) Perlantikan TG Haji Hadi sebagai orang no 2 Majlis Ulamak Sedunia selepas Dr Yusof Qaradawi.

Bertambah "parah" apabila Langkah Kajang masuk tong sampah dan kematian TG Nik Aziz.

http://tokpepijat.blogspot.com/2015/06/dapapa-moral-anda-siri-1.html
0 Komentar untuk "DAP....apa moral anda? SIRI 1"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI