Hadi arah wakil rakyat Pas Selangor sokong Azmin - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Hadi arah wakil rakyat Pas Selangor sokong Azmin

PETALING JAYA: Pas akan terus menyokong Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali bagi mengekalkan kerajaan negeri yang sedia ada.

Sehubungan itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mengarahkan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad untuk meminta seluruh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas terus menyokong Azmin.

“Ia bagi mengekalkan kedudukan kerajaan yang memerintah Selangor pada waktu ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Hadi berkata, pendirian Pas terhadap kerja sama dalam Pakatan Rakyat (PR) adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam Ucapan Dasarnya di Muktamar Pas baru-baru ini.

Pada muktamar itu, Hadi berkata, Pas akan dan tetap melaksanakan Tahaluf Siyasi bersama Pakatan Rakyat selagi mana ia tidak bercanggah dengan panduan al-Quran dan Sunnah.

Dalam kenyataan itu, Hadi menegaskan, kerja sama Pas dengan PKR dan DAP di Selangor adalah dalam kerangka untuk mempertahankan kerajaan yang dibina bersama melalui kepercayaan rakyat. -FMT

0 Komentar untuk "Hadi arah wakil rakyat Pas Selangor sokong Azmin"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI