Najib Jawab Isu, Tuduhan Terhadapnya - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Najib Jawab Isu, Tuduhan Terhadapnya




PETALING JAYA: Tidak perlu membangkitkan isu lama, lebih-lebih lagi yang telah disiasat, dibicara dan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan, jelas Datuk Seri Najib Tun Razak yang merujuk kepada kes pembunuhan wanita Mangolia, Altantuya Shaariibuu.


Perdana Menteri menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu termasuk kes Altantuya dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam catatan terbaharunya blognya pada Ahad.

Najib tidak mendedahkan jawapan tersebut ditujukan kepada siapa , tetapi alamat blognya (www.najibrazak.com/tun-m-faq) mempunyai perkataan "Tun M", yang biasa digunakan untuk bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Najib menyenaraikan 13 tuduhan dan dakwaan itu dengan menyertakan maklum balas beliau:

1. Tuduhan mengenai isu Altantuya.

a. Kes ini telah disiasat, dibicarakan dan diputuskan di Mahkamah Persekutuan. Ia adalah kes sembilan tahun yang tanpa pengakhirannya kerana iaterus "dikitar semula" oleh Pembangkang.

b. Memandangkan ia adalah kes mahkamah yang berpanjangan, pihak yang membuat rayuan mempunyai masa yang mencukupi untuk memberi keterangan dan menceritakansegala-galanya kepada mahkamah. Jadi, mengapa kita perlu mendengar kepada individu-individu yang telah memberi keterangan dan didapati bersalah terhadap jenayah itu?

c. Apa yang penting ialah penghakiman itu telah membawa keadilan kepada semua orang, yang paling penting buat keluarga mangsa, kepada tertuduh dan jugakepada saya.

d. Saya telah banyak kali menyatakan bahawa saya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan isu ini, malah saya telah pun melafazkan sumpah Al-Quran di sebuah Masjid.

e. Rakyat perlu mengambil kira bahawa dalam politik, banyak isu yang terus dimainkan, dan ini adalah satu daripadanya. Ia menjadi panas ketika saya merupakan bakal perdana menteri dan pembangkang memerlukan cara untuk menghalangsaya daripada menyandang jawatan itu.

Oleh kerana kedua-dua pengawal peribadi itu pernah bekerja untuk saya, dan Razak Baginda adalah rakan dan sekutu, mereka cuba untuk mengaitkan perkara itu dengan saya. Razak Baginda telah secara terbuka mengakui perhubungannya denganAltantuya tetapi saya sama sekali tidak tahu mengenainya.

Pakatan dan media mereka telah secara tidak bertanggungjawab cuba untuk memainkan perang saraf ini dengan cuba mengaitkan saya dan mempengaruhi persepsi.
Malah, mereka sanggup  melakukan teknik tindanan terhadap gambar saya makan malam dengan mangsa di sebuah restoran. Dalam era media sosial kini, perkara-perkara ini mudah menjadi viral tanpa kawalan, termasuk gambar yang ditindan itu.

f. Tun Abdullah Ahmad Badawi, bekas perdana menteri, telah menerima laporan siasatan penuh daripada pihak polis dan secara peribadi telahmengesahkan bahawa saya tidak terlibat.   

g. Berikutan perkembangan di atas, adalah tidak adil untuk memaksa saya menyiasat kes ini lagi dan mendesak untuk tahu siapa, jika ada sesiapa, yangmengarahkan pembunuhan itu. Saya tidak terlibat dan tidak tahu apa-apa. Mahkamah telah memutuskan siapa yang bersalah bagi pembunuhan itu. Itu sepatutnya menjadi pengakhiran cerita ini.

h. Saya merasa terganggu kerana isu ini dibangkitkan sekali lagi. Kita semua tahu bahawa jika pemimpin-pemimpin veteran berkeras membangkitkannya,  walaupun secara sepintas lalu, ia secara automatik akan menyebabkan isu ini dibangkitkan sekali lagi. 

i. Individu-individu berpengaruh berkenaan mempunyai banyak sumber. Apabila isu ini meletus, saya percaya mereka masih dapat mengesahkan kesahihan tuduhan itu. Jika mereka percaya ini benar, mengapa mereka tidak membangkitkannya ketika isu itu tercetus 8 tahun lepas? Mengapa sekarang? Ada yang berkata bahawa mereka hanya mempersoalkan isu ini sekarang kerana iatelah bertukar menjadi suatu perkara berkaitan hidup dan mati orang yang telah disabitkan kesalahan itu.

Tetapi kes ini telah dibicarakan di mahkamah, dengan keputusan yang jelas dan hukuman yang dikenakan. Adakah mereka mempertikaikan sistem kehakiman yang diwujudkan mereka? 

j. Walaupun perbincangan dan pertimbangan secara panjang lebar oleh mahkamah,masa yang mencukupi telah diberikan kepada pihak yang merayu supaya kes merekadidengar dan diadili, Sumpah Laknat saya (Bersumpah Al-Quran), penafian yang saya lakukan berulang kali, penjelasan umum oleh Razak Baginda, sesetengah orang terus mempersoalkan isu ini dan terus cuba untuk membabitkan saya.

2. Dakwaan bahawa media antarabangsa melabelkan Malaysia sebagai 'Negara Paling Banyak Mengamalkan Rasuah'.

a. Saya sedar tentang komen itu. Bagaimanapun, tajuk itu diambil daripada kaji selidik berdasarkan persepsi. Kebanyakan kita lebih bergantung kepada ukuran empirikal yang digunakan kumpulan bebas yang boleh dipercayai. Satu daripada contohnya ialah Indeks Transparency International.

Mengikut indeksitu, Malaysia kini menduduki tempat ke-50 daripada 175 negara, meningkat tiga takat daripada tahun sebelumnya. Sekiranya negara kita adalah yang paling kuat banyak mengamalkan rasuah, mengapa kedudukan kita begitu jauh daripada nombor 175? 

b. Saya sukar memahami mengapa seseoerang yang sebelum ini selalu mengkritik media antarabangsa sebagai bersikap berat sebelah, tiba-tiba kini mempercayai dan menerima hujah mereka sebagai sesuatu yang benar.

c. Ingatkan pemimpin veteran ini pernah menyifatkan media barat sebagai 'berat sebelah' apabila ia menerangkan tentang pentadbiran mereka. Jadi, apabila media barat mengkritik pentadbiran itu, mereka dianggap berat sebelah, tetapi apabila mereka mengkritik pentadbiran saya, mereka tidak pula bersifat begitu?

Nampaknya di sini, ada berat sebelah.

d. Baru-baru ini, Transparency International mengulangi bahawa amalan rasuah di Malaysia adalah terkawal dan peningkatan pelaburan asing di negara ini menjadi buktinya. Indeks Kebebasan Ekonomi 2015 meletakkan Malaysia di tempat ke-31 sebagai ekonomi paling bebas daripada kalangan 178 negara, dengan mendapat 70.8 markah.

Ini merupakan peningkatan 1.2 mata sejak tahun lepas, dengan adanya penambahbaikan dari segi kebebasan daripada rasuah, kebebasan berniaga dan kebebasan perdagangan mengatasi penurunan dari segi kebebasan tenaga kerjaserta pengurusan perbelanjaan kerajaan.

e. Bloomberg meletakkan kita di tempat kelima sebagai pasaran sedang muncul yang mempunyai masa depan paling cerah pada 2015 dan merupakan satu-satunya negara anggota ASEAN yang menduduki senarai 10 teratasnya.

f. Bank Dunia menaikkan kedudukan kita daripada nombor 20 pada 2014 kepada nombor 18 pada 2015 dalam indeks ‘Ease of Doing Business’ mereka.

g. Bagaimana kita boleh memperbaiki kedudukan dalam ranking dunia yang cukup berdaya saing itu sekiranya kita dikatakan begitu banyak mengamalkan rasuah seperti yang didakwa pihak tertentu?

h. Isu yang ditimbulkan dalam Laporan Ketua Audit Negara memang perlu ditangani dan diselesaikan. Tetapi, apa yang penting di sini ialah kita mencatat kemajuan.

Pada 2013, terdapat 418 perkara yang diketengahkan, tetapi pada 2014, jumlahnya menurun kepada 319. Kita berharap dapat terus mengurangkannya lagipada tahun-tahun akan datang.

3. Tuduhan bahawa BR1M adalah Rasuah

a. BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) adalah satu jaringan keselamatan sosial yang disyorkan oleh Jawatankuasa Fiskal Negara, yang terdiri daripada pegawai-pegawai dari Unit Perancang Ekonomi (EPU), Bank Negara dan Kementerian Kewangan. Mereka kebanyakannya adalah pakar ekonomi, bukannya ahli politik.

Jaringan keselamatan sosial sedemikian sedang dilaksanakan di banyak negara-negara lain. Sesetengah negara menggelarnya sebagai "manfaat pengangguran" yang menyasarkan kepada mereka yang menganggur.

Bagaimanapun, BR1M menyasarkan merekayang berpendapatan rendah. Kedua-duanya, pada dasarnya, adalah satu bentuk elaunkeselamatan sosial kerana ia menyasarkan kumpulan rentan. 

b. Kita berhasrat untuk merasionalisasikan subsidi menyeluruh semasa kepada subsidi yang menyasarkan hanya untuk mereka yang memerlukan. Semua orang (termasuk yang kaya dan warga asing) mendapat manfaat daripada subsidi menyeluruh ini. Dengan menghapuskan subsidi menyeluruh, kita menjana penjimatan yang kemudiannya disalurkan kepada mereka yang berada dalam kumpulan berpendapatan rendah.

Dan kita akan dapat memberi kumpulan yang layak ini lebihdaripada apa yang mereka akan terima daripada skim subsidi menyeluruh. Oleh itu, BR1M perlu dilihat dalam konteks subsidi yang disasarkan, dan Jawatankuasa Fiskal percaya  bahawa ia akan mengurangkan ketirisan dan meningkatkan kecekapan mekanisme subsidi.

c. BR1M juga memberi ganti rugi kepada mereka yang memerlukan bagi sebarang perbelanjaan tambahan yang mungkin ditanggung akibat daripada GST.

Sesetengahpihak mendakwa bahawa GST adalah cukai regresif kerana setiap orang termasuk golongan miskin adalah tertakluk kepadanya. Bagaimanapun, dengan adanya BR1M,GST bukan regresif kerana kumpulan berpendapatan rendah ini mendapat ganti rugi.

Selain itu, sebahagian besar daripada hasil GST akan dibelanjakan untuk komuniti yang rentan ini. 

d. Beberapa ahli politik berkata walaupun adanya BR1M, rakyat "tidak bersyukur." Ini adalah mengapa mereka percaya ia rasuah dan tidak berada dilaman yang sama dengan Jawatankuasa Fiskal.

Kami melihatnya sebagai satu langkah ekonomi, tetapi ahli-ahli politik melihatnya semata-mata dalam konteks politik.Untuk makluman anda, BR1M diberikan kepada semua orang tanpa mengira kecenderungan politik mereka.

BR1M diberikan tanpa mengira bila pilihan raya diadakan. Nurani saya jelas. BR1M adalah satu langkah ekonomi, bukannya rasuah dan saya telah menyatakan sebab-sebabnya.

e. Orang selalu berkata, "Berikan seseorang ikan dan kamu memberinya makan untuk sehari. Ajarkan seseorang memancing dan kamu memberinya makan buat selamanya." Namun, dalam dunia sebenar, kita perlu melakukan kedua-duanya.

Memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan dan pada masa yang sama,melabur dalam pendidikan/meningkatkan kemahiran/meningkatkan produktiviti.

Kementerian Pendidikan menerima peruntukan terbesar daripada bajet kita. Selain itu, kita juga mewujudkan entiti seperti TERAJU, Tekun, Genovasi, Superb, MAGiC dan banyak program latihan kerajaan yang lain di bawah pelbagai kementerian.

4. Tuduhan terhadap 1MDB.

a. Adalah tidak adil bagi sesetengah ahli politik mensabitkan kerajaan dalam mahkamah pendapat awam sebelum fakta sebenar dikemukakan oleh pihak berkuasa yang sah iaitu Ketua Audit Negara dan Jawatan kuasa Kira-kira WangNegara (PAC) yang bersifat dwipartisan.

b. Apabila kebimbangan disuarakan, saya mahukan penjelasan terperinci, jadi saya mengarahkan Ketua Audit Negara dan PAC menyiasat 1MDB. Sesiapa jua yang didapati bersalah menggelapkan wang atau melakukan penyelewengan, akan dihadapkan ke muka pengadilan.

c. Kami menjangka laporan awal ketua Audit Negara akan dikeluarkan tidak lama lagi. Sementara itu, tolonglah, jangan buat spekulasi dan kesimpulan, tanpa menggunakan maklumat yang akan dibentangkan oleh Ketua Audit Negara, yang mengandungi laporan terperinci tentang kewangan 1MDB.    

d. Kita semua mahukan jawapan terperinci, tetapi sebelum itu, biarlah para juruaudit melaksanakan tugas mereka dan memaklumakan kepada kita secara jelas tentang keadaan sebenarnya.

Jika kita terlebih dahulu menjatuhkan hukuman, maka kita akan mengganggu tugas mereka dan inilah yang dilakukan oleh banyak pihak. Ini bukanlah prosedur yang sewajarnya.

Jika kita bersikap ikhlas untuk mencari kebenaran di sebalik dakwaan itu, kita perlu mendapatkan maklumat daripadasumber yang sah (seperti Ketua Audit Negara) dan bukan daripada portal berita pihak ketiga atau blog dalam talian yang mungkin mempunyai agenda tersembunyi.

5. Tuduhan mengenai 'Jambatan bengkok' - Dakwaan: Kita tidak berani membinajambatan di atas tanah kita sendiri tanpa kelulusan daripada Singapura 

a. Jabatan Peguam Negara (AGC) kita telah menasihatkan kerajaan mengenai kesahihan sebarang pengubahsuaian kepada Tambak Johor di bawah undang-undang antarabangsa. AGC telah menasihatkan bahawa paip-paip dalam Tambak Johor adalah tertakluk kepada perjanjian air Johor-Singapura (1961, 1962), yang menggariskan bahawa paip-paip milik Lembaga Kemudahan Awam (PUB) Singapura, dan sebarang pengubahsuaian paip itu mesti diluluskan oleh PUB. 

b. Tiada persoalan sama ada kita mempunyai keberanian yang mencukupi untuk menentang Singapura. Jambatan itu tidak dibina kerana Malaysia komited untuk mematuhi semua perjanjian yang telah ditandatangani.

Mana-mana jambatan sedemikian, jika dibina bagi menggantikan Tambak Johor  tanpa kebenaran nyata daripada PUB Singapura, akan melanggar hak hartanah di bawah undang-undang antarabangsa. 

c. Kita telah meningkatkan hubungan dengan negara jiran selatan itu ke satu tahap di mana kami kini terlibat dalam projek dan usaha sama  yang membawa kedudukan yang menguntungkan bagi kedua-dua buah negara.

Untuk meningkatkan lagi perhubungan antara Malaysia dan Singapura, kami kini membina keretapiberkelajuan tinggi dan malah, mencetuskan idea jambatan persahabatan yang tidak akan melanggar undang-undang antarabangsa dan melihat kami membina sebuah jambatan yang dimahukan oleh kedua-dua negara.

6. Dakwaan: “Pencapaian Najib sebagai presiden UMNO lebih buruk berbanding Pak Lah” 

a. Pada pilihan raya umum lepas (PRU13), BN menang di 11 negeriberbanding 9 pada PRU sebelumnya. Kami mendapat balik Kedah, kekal di Terengganu dan mengukuhkan kedudukan kami di Perak.  

b. UMNO memenangi lebih banyak kerusi pada PRU13 berbanding pada PRU12.  

c. Untuk memulihkan BN sepenuhnya, saya memerlukan masa. Insha-Allah, kesan daripada Program Transformasi yang sudah membuahkan hasilnya, ia akan memberi jaminan kepada rakyat bahawa kerajaan BN mampu mengotakan janji-janjinya.

7. Dakwaan: (Najib) mengetepikan Unit Perancang Ekonomi (EPU), tubuh agensi baharu untuk merancang pembangunan negara.

a. Saya menubuhkan Pemandu sebagai badan pemandu untuk menyelia program transformasi, yang bukan sahaja meliputi aspek ekonomi di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) tetapi juga aspek bukan ekonomi di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP), yang sudah tentulah tidak terletak di bawah bidangkuasa EPU kerana ia adalah sebuah badan ekonomi.

b. Bercanggah dengan apa yang dikatakan sesetengah pihak, saya memberi kepercayaan yang amat tinggi kepada EPU kerana ia merupakan kunci bagi memastikan kejayaan ETP.

Malah, saya melantik seorang daripada CEO paling berkebolehan di negara ini untuk menerajui EPU.

8.Dakwaan: Perkhidmatan, kepakaran dan pengalaman penjawat awam tidak lagi diperlukan

a. Perkhidmatan awam sentiasa dan akan terus menjadi paksi bagi pentadbirandan operasi negara ini.

Perkhidmatan awamlah yang melaksanakan urusan harian negara ini. Mereka memainkan peranan penting dalam sistem kita. Hanya kerana beberapa individu dan pihak dilantik untuk membantu, ia tidak bermakna pengalaman mereka tidak lagi diperlukan.

b. Ternyata ia merupakan komen yang tidak adil dan tiada objektif. Membantu, YA, mengambil alih, TIDAK. Banyak program telah dilaksanakan untuk terus memperkasakan panjawat awam, meningkatkan sinergi dan kualiti penyampaian kepada rakyat, yang dapat dilihat melalui inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan.
9. Dakwaan: Untuk mendapatkan kembali sokongan orang Cina dan India, Najib mengetepikan tindakan afirmatif 
a. Ini tidak tepat sama sekali. Saya sentiasa memberi keutamaan terhadap kemajuan Bumiputera dan di bawah pentadbiran saya, saya telah mewujudkan Program Pemerkasaan Bumiputera yang ditadbir oleh TERAJU bagi memastikan Agenda Memperkasakan Ekonomi Bumiputera menjadi agenda nasional untuk dilaksanakan dengan berkesan.

Sehingga hari ini, TERAJU telah menyediakan peluang perniagaan, pembiayaan perniagaan, pembangunan modal insan, pelaburan swasta dan mewujudkan ekuiti melebihi RM47.95 bilion.

b. Baru-baru ini, Majlis Ekonomi Bumiputera mengesahkan sejumlah 99 Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang akan digunakan pada tahun ini dalam kesemua 23 kementerian dan Jabatan Perdana Menteri untuk membantu Bumiputera. Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) termasuk Petronas mempunyai kuota khas kontrak untuk Bumiputera.

Setiap GLC juga tertakluk kepada satu program pembangunan untuk kontraktor Bumiputera bagi memberi peluang kepada kontraktor Bumiputera yang berkelayakan. Lebih banyak biasiswa diberi kepada Bumiputera di bawah badan berkaitan kerajaan. Geran Superb disediakan untuk melahirkan lebih banyak usahawan Bumiputera.

Ekuinas pula dibentuk untuk meningkatkan nilai pegangan Bumiputera dan sehingga 2014, ia telah mencapai objektifnya untuk mewujudkan  RM4.2 bilion nilai ekuiti Bumiputera bagi syarikat portfolionya.

c. Di samping itu, UiTM kini diperluaskan untuk menambah tempat daripada 174,875 pada 2011 kepada 250,000 menjelang 2020. UiTM juga telah mewujudkan program 'Mengubah Destini Anak Bangsa', di mana ia masuk ke kawasan pedalaman bagi membantu belia Bumiputera yang tidak mendapat manfaat dari segi pendidikan, anak yatim dan golongan miskin.

Kini, mereka boleh belajar di UiTM dan langkah ini membantu mengubah sepenuhnya masa depan mereka. Sebanyak 5,000 tempat diberikan pada setiap semester. Terdapat lebih banyak lagi contoh konkrit dalam kad laporan TERAJU.   

d. Oleh itu, secara ringkasnya, untuk mengatakan saya mengetepikan tindakan afirmatif, adalah karut.

e. Sebagai perdana menteri, saya juga memberi banyak sokongan kepada orang Cina dan India dan semua komuniti lain yang menjadikan negara kita ini hebat.

Namun demikian, ia bukan dilakukan dengan mengabaikan Bumiputera. Fokus utama saya ialah untuk meningkatkan carta pai ekonomi agar lebih banyak dapat diberi kepada SEMUA kaum. Selagi saya dapat memastikan wujudnya pertumbuhan ekonomi, maka akan ada mobiliti sosial, dan semua kaum akan dapat mendaki tangga ekonomi yang lebih tinggi.

10. Dakwaan bahawa BN akan tewas pada Pilihan Raya Umum akan datang   

a. Jika saya mendapat sokongan yang saya perlukan untuk meneruskan program transformasi, kita akan berjaya. Jika kita bersatu dan menghentikan perbalahan dalaman, kita akan berjaya. Jika kita memberi tumpuan kepada politik membina dan bukannya politik yang merosakkan, kita akan berjaya.

Jika kita memberi tumpuan kepada kerja dan bukannya mempercayai dan menyebarkan khabar angin, putar belit dan perkara separuh benar, kita akan berjaya.  

b. Satu rancangan yang jelas telah pun digerakkan. Kita  mula menyaksikan hasil usaha kita. KDNK kita meningkat kira-kira 5-6 peratus sejak saya mengambil alih (jawatan) dan kita juga berada di landasan baik untuk mencapai ekonomi maju menjelang 2020.  

c. Kita berdepan halangan pada masa ini disebabkan oleh kejatuhan harga minyak mentah yang melemahkan nilai Ringgit. Faktor-faktor ini adalah di luar kawalan kita. Namun begitu, kita  dapat bertahan kerana asas kita kukuh, rizab terkumpul dalam tahun-tahun sebelum ini serta aliran pendapatan yang pelbagai berbanding penggantungan kepada minyak.

Kita juga telah mencapai skor bebas terbaik yang pernah dicatatkan  mengenai rasuah dalam tempoh 10 tahun  lepas berdasarkan Indeks Transparency International. Pentadbiran saya telah menyaksi Pelaburan Langsung Asing yang paling tertinggi setakat ini. Nisbah hutang kepada KDNK kita menyusut dalam pertumbuhan dan defisit bajet kita semakin berkurangan dari tahun ke tahun.

Selain itu, kita mencapai tahap tertinggi dalam indeks ekonomi paling berdaya saing WEF, yang mengatasi Australia, Perancis, Austria dan Korea Selatan. Kita mencapai tahap paling tinggi dalam indeks kemudahan menjalankan perniagaan Bank Dunia.

Ketiga-tiga agensi penarafan kredit utama telah mengekalkan gred pelaburan yang baik untuk Malaysia. Kita terus mempunyai lebihan dalam perdagangan. Penjagaan kesihatan kita diiktiraf sebagai antara yang terbaik dan paling berpatutan di rantau ini.   

d. Kunci kepada beberapa rumah mampu milik PR1MA telah diserahkan dan semakin banyak lagi akan menyusul. Jambatan Pulau Pinang kedua sudah siap, Fasa 1 MRT hampir 60 peratus siap, ekonomi telah membuka peluang 1.5 juta pekerjaan baharu dalam 5 tahun lepas dan menjadikan kadar pengangguran kita yang paling rendah di dunia serta koridor ekonomi seperti Iskandar Malaysia menyaksikan  infrastruktur, rumah, kilang dan kawasan komuniti  maju sedang dibina.

Greater KL telah pun dimulakan, dengan lebih banyak kawasan perbandaran sedang dibangunkan selain rumah-rumah dibina, Fasa 1 Bas Rapid Transit akan siap pada pertengahan tahun dengan lebuh raya Pan Borneo akhirnya dilaksanakan dan bakal menjadi pemangkin ekonomi utama di Sabah dan Sarawak seperti lebuh raya PLUS untuk Semenanjung.

Projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) sedang dijalankan. Ini semua adalah projek, inisiatif dan usaha yang dijalankan pentadbiran saya untuk membangunkan negara ini. Seperti yang anda lihat, ini adalah hasil Program Transformasi yang dilancarkan 5 tahun lepas. Ia akhirnya berlaku dan saya amat teruja bahawa kita mula melihat impaknya. Inilah yang benar-benar penting buat rakyat.  

e. Penambahbaikan sedang berlaku di depan mata kita. Tetapi saya tahu bahawa ramai akan melihat kepada yang buruk dan terus bercakap mengenai khabar angin,  perkara separuh benar dan putar belit yang tidak berkesudahan. Mereka terus percaya bahawa 'akhir amat dekat' dan bahawa pembangkang akan menang. Ia merupakan dakwaan yang  dibuat berulang-ulang kali  dalam tempoh lima dekad yang lalu, namun kita masih di sini.  

f. Walaupun semua orang bebas untuk mengkritik saya dan menyenaraikan semua 'kegagalan' saya, ia juga penting untuk menyedari sejauh mana pencapaian kita  dalam tempoh enam tahun lepas, dalam usaha memberikan pandangan yang adil mengenai sesuatu.

11. Dakwaan bahawa 1Malaysia sama dengan Malaysian Malaysia   

a. 1Malaysia merupakan suatu usaha untuk mewujudkan perpaduan. Perbezaan paling utama dengan konsep “Malaysian Malaysia” ialah 1Malaysia jelas menerima Perlembagaan Malaysia secara keseluruhannya, terutama semua peruntukan yang terkandung dalam Perkara 153.    

b.“Malaysian Malaysia” pada mulanya adalah suatu konsep yang bercanggah dengan Perkara 153 dan kemudiannya bersifat amat taksa. Kalaulah 1Malaysia benar-benar sama dengan Malaysian Malaysia, tentu sekali tidak akan ada Majlis Permerkasaan Bumiputera, TERAJU dan lain-lain lagi.

Kalaulah 1Malaysia benar-benar sama dengan Malaysian Malaysia, tentulah tidak akan ada Model Baharu Ekonomi (MBE), satu rangka kerja untuk meningkatkan sifat ekslusif dalam ekonomi dan pada masa sama, memperkasakan masyarakat Bumiputera agar mereka menjadi lebih berdaya saing.

c. Mengatakan bahawa 1Malaysia adalah sama dengan Malaysian Malaysia merupakan suatu perbuatan memutarbelitkan realiti, dengan niat yang tidak lain dan tidak bukan iaitu untuk menipu orang Melayu.

12. Dakwaan bahawa Jenayah meningkat sejak ISA dihapuskan

a. Dakwaan ini adalah tidak benar. Pada tahun lepas sahaja, polis berjaya mengurangkan kadar jenayah di negara ini sebanyak 12.6 peratus. Jenayah ganas di negara ini juga menurun sebanyak 13.4 peratus.

Polis DiRaja Malaysia telah bekerja keras untuk memastikan semua rakyat Malaysia selamat daripada segala bentuk jenayah dan keganasan. b. Sebenarnya, seramai 8,868 individu telah ditahan dan sebanyak 280 senjata dirampas dalam Ops Cantas Khas yang diadakan baru-baru ini.

Ketika ISA mula dilaksanakan, tujuannya hanyalah untuk memerangi kebangkitan komunis dan oleh itu, ia tidak lagi relevan pada masa kini.

c. Untuk memastikan ekstremis keganasan tidak mempunyai tempat di Malaysia, kerajaan memperkenalkan Akta Pencegahan Keganasan 2015 yang diluluskan Parlimen. Akta baharu ini akan memerangi cabaran baharu termasuk kebangkitan kumpulan militan yang menggelarkan diri mereka sebagai Islamic State dan ia tidak akan digunakan bagi tujuan politik.

Hanya mereka yang ingin melakukan keganasan ekstremis boleh ditahan di bawah Akta baharu ini.

13. Tuduhan mengenai pesawat kerajaan   

a. Adalah menjadi amalan standard di seluruh dunia bagi kebanyakan pemimpin menggunakan jet rasmi, bukan untuk kemewahan, tetapi sebagai kecekapan dalam menjalankan tugas mereka. Hiasan dalaman pesawat dikonfigurasikan supaya mesyuarat dan perbincangan boleh diadakan dalam pesawat dan tugas negara boleh diteruskan walaupun semasa penerbangan.

Oleh itu, tidak timbul persoalan sama ada atau tidak sesebuah negara harus mempunyai sebuah jet rasmi.  

b. Kita tidak boleh terpengaruh dengan propaganda pembangkang bahawa kerajaan telah membazirkan wang membeli jet baharu. Apa yang mereka gagal jelaskan adalah jet itu dibeli untuk menggantikan pesawat berusia 16 tahun, yang  berbahaya dari segi keselamatan.

Selain itu, ia juga adalah pesawat rasmi yang digunakan oleh Yang Di-Pertuan Agong, yang merupakan sebab mengapa kita tidak boleh berkompromi mengenai jaminan keselamatan.

Kos penyenggaraan pesawat lama adalah tinggi.

Oleh itu, pesawat lama akan dilupuskan dan wang yang diperoleh kerajaan daripada penjualannya akan digunakan untuk mengurangkan kos pembayaran pesawat baharu.
0 Komentar untuk "Najib Jawab Isu, Tuduhan Terhadapnya"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI