Malaysia Mampu Bantu Pelarian Rohingya - Marina Mahathir - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Malaysia Mampu Bantu Pelarian Rohingya - Marina Mahathir

PETALING JAYA: Malaysia digesa menyalurkan bantuan kepada pelarian Islam Rohingya yang terkandas di Laut Andaman sebagai langkah untuk menangani krisis kemanusiaan yang kini mendapat perhatian seluruh dunia.
Aktivis sosial, Datin Paduka Marina Mahathir berpendapat, bantuan itu bukan untuk menarik minat mereka menetap di negara ini, tetapi kerana ia adalah tindakan yang sepatutnya dilakukan setiap negara.
"Memang ia sesuatu yang membimbangkan semua pihak tetapi tidak ramai yang tampil membantu pelarian Rohingya ini yang hidup di atas bot di tengah lautan, lebih-lebih lagi ia turut melibatkan kanak-kanak serta wanita mengandung.
"Mereka ini berada di lautan tanpa sebarang keperluan seperti makanan dan minuman, serta ubat-ubatan dan situasi seperti ini tidak boleh dibiarkan kerana kita mampu menyediakan bekalan barangan keperluan mereka jika tidak mahu menempatkan mereka di sini," katanya pada pelancaran Bazaar Amal "Feed a Family Extravaganza" di sebuah pusat membeli-belah di Bangsar pada Ahad.
Marina turut meminta pihak kerajaan supaya berbincang dengan negara jiran untuk segera menyelesaikan isu kebanjiran pelarian Rohingya yang lari dari Myanmar ini.
"Perbincangan ini perlu untuk memberi tekanan kepada kerajaan Myanmar supaya menyelesaikan isu ini," katanya.
Beliau juga menambah, undang-undang maritim antarabangsa juga menetapkan setiap kerajaan perlu menyelamatkan sesiapa yang ditimpa malapetaka di laut.
Pada majlis sama, Institut Penyelidikan Sosial Malaysia menyumbangkan dana sebanyak RM55,200 bagi membantu warga Rohingya yang terkandas di Laut Andaman.
Hampir 3,000 penduduk Islam Rohingya yang meninggalkan Myanmar dan warga Bangladesh terkandas di dalam bot tanpa sebarang bekalan makanan dan minuman selepas beberapa kerajaan menghalang mereka mendarat.

0 Komentar untuk "Malaysia Mampu Bantu Pelarian Rohingya - Marina Mahathir"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI