Al Marhum Ust Ahmad Izzat kembali ke sisi Penciptanya diusia muda - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Al Marhum Ust Ahmad Izzat kembali ke sisi Penciptanya diusia muda


ArtikelTahun 1997 ana mula menjadi guru di Madrasah At Taklimiah Tok Keling dia baru tingkatan 5. Al Marhum pelajar cerdik dan petah berpidato. Setahun slps itu Al marhum lanjutkan pelajaran ke Mesir. Jika balik bercuti Madrasah Taklimiah tempat khidmatnya.

Begitu jg selepas tamat pengajian di Mesir sehingga dipilih sebagai Adun Bukit Lada tahun 2008. Al Marhum adalah kebanggaan Madrasah sbb dia anak sulung Madrasah yg diasaskan pd tahun 1992.

Al Marhum kembali ke sisi Penciptanya ketika mnjawat pelbagai jawatan dlm jamaah antaranya, Tim Ketua Dppnk, Ketua Penerangan Dupnk, Pengerusi Lajnah Dakwah Pas Kedah, Ketua Dewan Pemuda Pas Pokok Sena, Pengerusi Lmbaga Tadbir Smidu, Pengerusi Lmbaga Tadbir Sridu, Pen SU Lmbaga Tadbir Madrasah At Taklimiah, Guru di Makarimul Akhlak, Guru Umumi di seluruh negara.

Amanah yg begini bnyk dipikul menggambarkan tingginya komitmen beliau kpd jamaah dan tinggi jg keyakinan jamaah kepadanya. Amanah sebagai pendidik di sekolah dan dlm masyarakat bukti tingginya ilmu dan keupayaannya. Jam 11. 10 mlm ini Pas Kedah kehilangan anak muda yg sukar dicari ganti.

Pemuda Kedah dan Pokok Sena kehilangn pemimpin. Ummah jg kehilangan guru umumi yg disegani. Anak murid di sekolah kehilangan pembimbing. Apatah lg ahli keluarga dan 5 anak yg mnjadi yatim.

Namun jasa Almarhum akan terus dikenang di sisi manusia. Kebaikannya akan diganjarkan balajsan terbaik di sisi Allah...Selamat jalan wahai sahabatku, taman2 Syurga menanti mu

YB Ust Ahmad Yahya
Setiausaha Dewan Ulamak PAS Kedah
0 Komentar untuk "Al Marhum Ust Ahmad Izzat kembali ke sisi Penciptanya diusia muda"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI