Wan Ji mengaku tidak bersalah hina Sultan Selangor di Facebook - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Wan Ji mengaku tidak bersalah hina Sultan Selangor di Facebook

Bekas AJK Dewan Ulama PAS Selangor Wan Ji Wan Husin dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tuduhan menghasut. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 10 September, 2014.Bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Ulama PAS Selangor Wan Ji Wan Husin hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam Selangor atas tuduhan menghasut pada November 2012.

Hakim Slamat Yahya menetapkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan kes ditetapkan disebut semula pada 10 Oktober 2014.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Wan Ji, 32, dituduh mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan di Facebook pada jam 10 pagi menghina Sultan Selangor. – 10 September, 2014.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ustaz-mengaku-tidak-bersalah-hina-sultan-selangor-di-facebook#sthash.PwaIYqdV.dpuf
0 Komentar untuk "Wan Ji mengaku tidak bersalah hina Sultan Selangor di Facebook "

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI