Pemuda Pakatan minta pemimpin bermesyuarat ‘lapan mata’ selesai krisis Selangor - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Pemuda Pakatan minta pemimpin bermesyuarat ‘lapan mata’ selesai krisis Selangor

Pemuda Pakatan Rakyat minta tiga pemimpin utama gabungan itu iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang bertemu sendiri dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk selesai isu berkenaan jawatan tertinggi di Selangor itu. Gambar fail The Malaysian Insider.
Pemuda parti komponen dalam Pakatan Rakyat (PR) mencadangkan pertemuan ‘lapan mata’ diadakan antara tiga pimpinan utama mereka dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat; Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ketua Pemuda Sosialis DAP Teo Kok Seong dalam kenyataan bersama melahirkan kebimbangan mereka tentang masa depan PR.

"Kami berpandangan, penyelesaian paling munasabah pada tahap ini adalah pertemuan lapan mata antara Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan menteri besar Selangor.

"Berdasarkan pengalaman, ketokohan dan kebijaksanaan mereka, kami yakin pertemuan ini mampu merungkai dan menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi," kata mereka dalam kenyataan itu.
Krisis dalaman PR rentetan isu penggantian menteri besar Selangor berada pada tahap membimbangkan.

"Pemuda PR berpendapat isu ini boleh merosakkan masa depan PR dalam melakukan perubahan kepada negara tercinta," katanya.

Mereka berkata, krisis yang sedang melanda ini memberi gambaran kurang baik kepada generasi muda yang akan mewarisi kepimpinan akan datang.

Katanya, anak muda Malaysia mahukan segala masalah yang timbul dalam PR diselesaikan melalui meja rundingan dengan segera.

"Kami mewakili sayap anak muda juga mengharapkan para pimpinan tertinggi PR khususnya PAS untuk menjadi pemudahcara pertemuan lapan mata ini," kata mereka.

Katanya, pengalaman PAS menghadapi konflik politik Kelantan yang melibatkan jawatan menteri besar pada 1977 boleh dijadikan panduan dan pengajaran untuk semua.

"Kami juga berharap pertemuan yang dicadangkan ini berlaku dalam suasana muhibah, berlapang dada dan meletakkan kepentingan kolektif demi masa depan generasi kami pada masa akan datang.

“Kami mengesa semua pihak yang bersimpati seperti NGO, pimpinan, tokoh agama dan  masyarakat agar menyokong usaha murni yang kami cadangkan ini," katanya.

Cadangan PKR untuk menukar Khalid dengan Presiden PKR Datuk Dr Wan Azizah Ismail ditolak Hadi sebelum mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat 10 Ogos ini.

Semalam, PKR mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Khalid namun beliau tolak dengan alasan surat itu 'cacat'.

Majlis Syura Ulama PAS turut bermesyuarat di Kota Baru semalam tetapi sehingga kini belum diketahui keputusannya. – 7 Ogos 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemuda-pakatan-minta-pemimpin-bermesyuarat-lapan-mata-selesai-krisis-selang#sthash.wLb4qr4H.dpuf
0 Komentar untuk "Pemuda Pakatan minta pemimpin bermesyuarat ‘lapan mata’ selesai krisis Selangor"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI