Guan Eng bagi tempoh 24 jam untuk Nasrudin minta maaf - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Guan Eng bagi tempoh 24 jam untuk Nasrudin minta maaf

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng gesa Ahli Parlimen Temerloh Nasruddin Hassan minta maaf kepadanya berhubung kenyataan terowong bawah laut Pulau Pinang. Gambar fail The Malaysian Insider.Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen Temerloh Nasruddin Hassan jika beliau gagal membuat permohonan maaf tanpa syarat kerana mengeluarkan kenyataan tanpa asas berkenaan terowong bawah laut Pulau Pinang.

Lim berkata, Nasruddin berpegang kepada "dakwaan dan penipuan tidak berasas" berkenaan pembiayaan projek pembinaan terowong dasar laut dan penganugerahan projek berbilion ringgit itu.

"Nasruddin mempunyai 24 jam untuk menarik balik penipuannya dan membuat permohonan maaf kepada saya," kata Lim di pejabatnya di Pulau Pinang, hari ini.

Lim berkata, tindakan undang-undang akan dikenakan kepada Nasruddin sekiranya beliau gagal berbuat demikian kerana "penipuan yang dilakukannya sama seperti cybertroopers yang pro Umno dan Barisan Nasional (BN)".
Katanya, jika Nasruddin merupakan umat Islam yang baik, dan tidak hipokrit, beliau sudah tentu akan menarik balik dakwaan yanng dibuatnya. – 7 Ogos, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/guan-eng-bagi-tempoh-24-jam-untuk-nasrudin-minta-maaf#sthash.CI9ZcLSf.dpuf
0 Komentar untuk "Guan Eng bagi tempoh 24 jam untuk Nasrudin minta maaf "

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI